21
Sel, Nov
906 ARTIKEL BARU

RCI FOREX : Kenyataan Anwar Pelik & Buktinya

Editorial
Typography

Pada hari pertama RCI FOREX, Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata bahawa jumlah kerugian akibat urus niaga forex BNM dari 1991 hingga 1994 ialah RM31.516 bilion.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang merupakan saksi ke-16 pula memberitahu kerugian  Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an berjumlah:

  • Kerugian RM3.503 bilion bagi tahun 1988 dan 1989
  • Kerugian RM31.506 bilion mulai tahun 1991 hingga 1994.

Maksudnya, BNM mengalami kerugian RM35.009 bilion iaitu 10 kali ganda daripada pelaburan yang bermula tahun 1988.

Seperti dijangka, Anwar Ibrahim tidak menyentuh nama Tun Dr Mahathir semasa memberi keterangan di depan RCI tetapi beliau menuding jari serta mengkritik keterangan Nor Mohamed Yaacob yang sebelum ini  berkata, pihaknya belajar sesuatu daripada kerugian aktiviti forex berkenaan.

Nor Mohamed mendakwa pengalaman daripada kejadian itu telah membantu negara dalam menghadapi krisis kewangan Asia.

"Penegasannya itu tak masuk akal. Anda mesti bertanggungjawab. Negara tak perlu kerugian berbilion ringgit untuk belajar daripada sesuatu pengalaman. Dia patut balik ke sekolah perniagaan (untuk belajar semula)," kata Anwar Ibrahim.

Mahathir Mohamad seperti dijangka telah mempertahankan Anwar Ibrahim, rakan politiknya dengan bersetuju dengan kenyataan Anwar Ibrahim kepada kabinet berhubung kerugian yang ditanggung BNM daripada perdagangan FOREX. Mahathir mendakwa bahawa kabinet hanya dimaklumkan kerugian sebanyak RM5.7 bilion dan Anwar didakwa membuat laporan berdasarkan kepada audit Bank Negara Malaysia.

Tetapi yang tidak diberitahu ialah kerugian akibat bermain "judi" di dalam pasaran pertukaran wang antarabangsa itu telah disorokkan di dalam satu item perakaunan yang "luar biasa" dipanggil "deferred expenditure" atau perbelanjaan tertangguh. Perbuatan ini boleh dianggap tidak beretika kerana kerugian dilaporkan sebagai perbelanjaan.

Mahathir tentu terhutang budi kepada Anwar kerana tidak membangkitkan namanya padahal beliau adalah Perdana Menteri ketika itu. Sekurang-kurangnya, ia dapat mengelirukan rakyat yang berasa ada yang tidak kena dengan keterangan sesetengah saksi RCI.

Tidak masuk akal jika Mahathir Mohamad tidak tahu apa-apa pun padahal nilai kerugian FOREX mencecah puluhan billion ringgit.

Malah sebelum ini, terdapat bukti bahawa Anwar Ibrahim sendiri pernah dilaporkan berkata bahawa Mahathir Mohamad terlibat secara langsung dalam skandal yang menyebabkan rakyat Malaysia kerugian sebanyak RM15 bilion - RM30 bilion.

Di antara buktinya ialah laporan TheEdgeMarkets bertarikh 24 September 2012 :

  • KUALA LUMPUR (Sept 24): Foreign exchange trading activities undertaken by Bank Negara Malaysia (BNM) in the early 1990s, which resulted to the central bank losing at least RM5.7 billion of its reserves, was approved by then Minister of Finance Tun Daim Zainuddin, with the support by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed.

  • The late Tan Sri Jaafar told me that the forex trading activities was conducted by Tan Sri Nor Mohamed Yakcop with the approvals given by both the Minister of Finance before me and the Prime Minister then. Go and ask them!" he said in Parliament on Monday.

Allahyarham TS Jaafar Hussein, Gabenor Bank Negara Malaysia (Jun 1985 - Mei 1994) telah memberi tahu Anwar Ibrahim bahawa perniagaan Forex telah mendapat kelulusan Menteri Kewangan sebelum beliau iaitu Daim Zainuddin dan Perdana Menteri ketika itu iaitu Mahathir Mohammad. Perkara penting ini tidak dinyatakan oleh Anwar Ibrahim di dalam kenyataan beliau.

Apakah Anwar akan menafikan laporan The Edge Markets ini?

Untuk rekod, RCI dianggotai Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail.

Seperkara lagi, Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor BNM ketika itu pula mendedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu.

“Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bi­lion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ,” kata Murad. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri ketika itu.

Memang banyak yang pelik dan tidak masuk akal.