21
Sel, Nov
906 ARTIKEL BARU

Mati Terbakar - Kerajaan DAP Zalim Tidak Peduli

Editorial
Typography

Betapa sombongnya ADUN DAP apabila menghina rakan politiknya sendiri iaitu ADUN PKR. Sikap angkuh DAP ini semakin terserlah malah menjadi bahan kritikan penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang sendiri.

Tetapi kritik sahaja tidak mencukupi apabila mendepani sikap buruk pemimpin-pemimpin DAP ini. Caranya hanya satu sahaja iaitu mereka ini mesti ditolak jauh-jauh dan tidak dizinkan untuk memegang sebarang kuasa politik. Tatkala itu barulah mereka akan memijak di bumi yang nyata dan kembali mendengar permasalahan rakyat.

Hannah Yeoh DAP menyindir rakan politiknya sendiri dengan satu sindiran yang menempelak balik dirinya. Dr Norlela Ariffin PKR Penanti dijadikan bahan:

  • “Just because you cry doesn’t mean others must give you what you want.
  • “We don’t do that for our children who throw tantrums and we shouldn’t be expected to do the same in politics.
  • “Threats to quit and throwing tantrums are signs of immaturity,” she said.

Kita tahu Hannah Yeoh cuba untuk melindungi boss cauvinisnya tetapi dalam masa yang sama, beliau telah memperbodohkan dirinya yang dianggap tidak faham tentang kronologi yang berlaku hingga menyebabkan rakan politiknya menangis teresak-esak meratapi kezaliman kerajaan DAP terhadap rakyat Penanti di parlimen yang disandang oleh Wan Azizah Wan Ismail PKR.

Yeoh DAP buat-buat lupa yang Lim Kit Siang DAP pernah menangis sebelum ini untuk mendapat simpati murahan. 

Norlela menangis kerana usul-usul mengenai kilang-kilang haram yang dibawanya ke Sidang DUN telah di tolak oleh Speaker DUN manakala ADUN-ADUN PKR dan DAP yang lain telah mengetawakan beliau. Tetapi apabila terdapat bukti-bukti yang jelas, Norlela Ariffin diketepikan oleh rakan DAP dan PKR.

Hannah Yeoh gagal untuk faham bahawa ADUN PKR itu telah membawa 5 usul untuk Sidang DUN tetapi telah di tolak oleh Speaker pada 30 April 2015. Seorang mati kerana mengalami kebakaran 93 peratus badannya setelah terjatuh ke dalam lubang pembakaran habuk kayu di kilang haram tersebut. Ramai penduduk berdekatan yang mengalami pelbagai penyakit disebabkan oleh kilang haram tersebut.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, 11 dari 500 orang di kawasan Kampung Sungai Lembu, Penanti sudah pun disahkan menghidapi kanser. Penolong Ketua Kampung itu pula berkata bahawa 7 orang muda telah mati kerana kanser sejak dua tahun yang lepas.

Kerajaan DAP begitu jelas melindungi aktiviti kilang haram ini apabila segala pendedahan dan rayuan rakan ADUN PKR mereka dibakulsampahkan begitu sahaja. Dan ADUN PKR ini menjadi target puak RBA dan DAP dengan pelbagai penghinaan dan ugutan sehingga ADUN PKR itu bernekad untuk tidak bertanding lagi pada PRU14 nanti.

Sungguh memalukan apabila ada ahli politik seperti Hannah Yeoh DAP yang tidak mahu menyokong rakan politiknya sendiri yang mengadu tentang permasalahan rakyat.

What a shame!