20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

Pembangkang Gagal Buruk-burukkan Lawatan Najib Ke Amerika Syarikat.

Editorial
Typography

SEBELUM rakyat Malaysia tertipu dengan propaganda puak pembangkang yang sengaja merendah-rendahkan  lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat  atas jemputan Presiden Amerika, Donald J. Trump, lebih baik kita fahami tujuan asas lawatan tersebut.

Sebelum Najib, Trump juga telah berjumpa dengan Raja Salman, Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Kota Suci Umat Islam.

Tujuan asas lawatan Najib Razak ke Amerika Syarikat :

1. Berbincang tentang isu kemanusiaan yang melanda etnik Rohingya di Myanmar.

2. Lawatan ini tepat pada masanya kerana Malaysia baru sahaja menyambut ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat pada Julai 2017. Hubungan kedua-dua buah negara telah berkembang dan semakin erat dari masa ke masa.

3. Malaysia mempunyai peranan penting dan dipandang tinggi oleh Amerika Syarikat sebagai rakan dagang dan politik di rantau Asia Tenggara.

4. Lawatan itu juga akan menekankan inisiatif rundingan bilateral kedua-dua buah negara dan menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik lagi.

5. Amerika Syarikat adalah pelabur kedua terbesar Malaysia. Pelaburan negara tersebut di Malaysia sejak 60 tahun yang lalu tidak pernah mengugat kedaulatan Malaysia. Malahan ia penting bagi menjana ekonomi negara.

6. Sebagai contoh hubungan ekonomi yang terjalin awal itu ialah getah daripada Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan industri automotif Amerika Syarikat, dan permintaan tinggi itu telah memacu pengeluaran getah di Malaysia.

7. Malaysia menerima kelebihan visa selama 10 tahun bagi kemasukan tanpa had, dan usaha kini di peringkat akhir bagi Program Pengecualian Visa bagi rakyat Malaysia ke Amerika Syarikat.

8. Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat telah dinaik taraf ke “Comprehensive Partnership” pada 27 April 2014 yang membabitkan bidang kerjasama utama seperti:

  • Ekonomi dan perdagangan
  • Pendidikan
  • Pertahanan dan keselamatan
  • Sains dan teknologi  
  • Perlu diingat bahawa di dalam kenyataan tentang Comprehensive Partnership ini, Presiden Amerika ketika itu juga telah memuji peranan utama Najib Razak dan Malaysia dalam memudahkan proses perdamaian Bangsamoro Filipina Selatan yang membawa kepada penandatanganan Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro. 

9. Perbincangan mengenai isu anti keganasan di negara serantau.

Lawatan di atas jemputan Donald J. Trump ini adalah bukti kukuh hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat. Sebelum ini, Malaysia pernah menerima kunjungan 2 Presiden Amerika Syarikat, iaitu Presiden Lyndon B. Johnson pada tahun 1966 dan Presiden Barack Obama pada 2014 dan 2015.

Dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia tetap berdaulat dan memerintah negara mengikut acuannya sendiri tanpa campur tangan negara Amerika Syarikat.

Yang pernah berlaku ialah tindakan Al Gore, seorang Yahudi dan Naib Presiden Amerika yang telah masuk campur urusan negara Malaysia. Beliau yang merupakan rakan Anwar Ibrahim telah mengambil peluang mengecam kerajaan Malaysia kerana memecat bekas Timbalan Dr Mahathir Mohamad itu. Al Gore juga telah memuji-muji gerakan REFORMASI.

Keceluparan mulut Al Gore itu adalah semasa Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada 16 November 1998. 

Kesimpulannya, tindakan puak pembangkang terutamanya veteran tua DAP, Lim Kit Siang, yang begitu kalut dan cuba memburuk-burukkan lawatan Najib ke Amerika Syarikat itu ternyata mainan politik murahan yang memualkan. Nampak sangat puak pembangkang berasa tertekan dengan isu perebutan kuasa dan pergaduhan sesama mereka hinggakan lawatan Najib ini pun mahu dijadikan bahan untuk menutup keburukan mereka sendiri.

 

Sumber :

1. http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/20-nasional/26902-isu-keganasan-dan-rohingya-agenda-utama-pertemuan-pm-bersama-trump.html

2. https://www.najibrazak.com/bm/blog/lawatan-kerja-ke-amerika-syarikat-2/