13
Rab, Dis
894 ARTIKEL BARU

PPBM Dijangkiti Virus Fitnah Murahan

Editorial
Typography

PAKATAN pembangkang di negara ini sememangnya cukup sinonim dengan amalan fitnah murahan mereka. Justeru tidak menghairankan apabila penyakit ‘gila memfitnah’ ini mula meresapi penyokong-penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru menyertai puak pembangkang ini.

Terbaru yang menjadi sasaran fitnah puak ini adalah mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Rumah Putih atas jemputan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. 

Disebarkan sekeping gambar oleh penyokong geng bunga ini kononnya Perdana Menteri telah mencium tangan Trump. Walhal hakikatnya gambar tersebut adalah gambar Najib mencium tangan ibunya, Tun Rahah Mohd. Noah dalam satu majlis tidak lama dahulu.

Selain daripada ketandusan idea, puak pembangkang ini nampak sangat sebenarnya busuk hati terhadap Najib di atas kejayaan lawatan tersebut.

Apatah lagi apabila Trump memuji Najib berhubung peranan signifikan beliau dalam memerangi keganasan.

Memetik pujian Trump itu, Najib katanya telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan kumpulan-kumpulan keganasan tidak mempunyai tempat dalam masyarakat.

"Perdana Menteri telah memainkan peranan besar untuk tidak membenarkan ISIS, atau anda gelar Daesh, dan lain-lainnya untuk wujud. Beliau benar-benar berpendirian tegas dalam menentang keganasan di Malaysia dan merupakan penyokong kuat bagi pendirian itu.

"Jadi itu amat penting bagi Amerika Syarikat," kata Trump. 

Tambah berbulu lagi puak pembangkang kaki fitnah ini adalah apabila Trump menyambut mesra ketibaan Najib di Rumah Putih.

Nampaknya menjelang pilihanraya umum ke-14 tidak lama lagi kita boleh menjangkakan lebih banyak fitnah-fitnah murahan sebegini yang akan dilancarkan oleh puak pembangkang ini. Namun begitu penulis yakin fitnah-fitnah murahan ini tidak dapat menafikan hakikat kredibiliti Najib.