11
Isn, Dis
908 ARTIKEL BARU

Pesta Arak : DAP Perbodohkan Rakyat Islam

Editorial
Typography

Regim DAP memang patut dikutuk dan diajar supaya tidak perbodohkan rakyat dan tidak hipokrit. Caranya hanya satu iaitu rakyat perlu pastikan regim DAP jatuh pada PRU14 nanti.

Yang terbaru, wakil DAP iaitu Teresa Kok, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun, Tan Kee Kong dan Lim Lip Eng begitu lantang membantah keputusan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengharamkan pesta arak Better Beer Festival 2017.

Mereka memberi satu alasan yang sangat bodoh iaitu kononnya tindakan itu akan 'menjejas industri pelancongan negara'.

Mereka juga memberi alasan bahawa pesta itu dianjurkan untuk pengunjung dan peniaga bukan Islam sahaja, maka pesta arak ini patut diteruskan.

Ironinya, apabila diterangkan berulang kali bahawa rakyat bukan Islam tidak ada kena-mengena dengan undang-undang syariah dan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, regim DAP buat-buat tidak faham dan tetap membantah.

Seperti yang dilaporkan iaitu pesalah bukan Islam tidak pernah dalam sejarah 50 tahun pelaksanaan syariah di negara ini dibicarakan di bawah mahkamah syariah TETAPI regim DAP tetap dengan hipokrasi mereka yang amat memualkan.

Menyokong pesta arak ini secara langsung menunjukkan bahawa regim DAP menggalakkan budaya meminum arak. Kita pun tahu ada yang kaki arak.

Tambahan pula, bar dan kedai minuman arak masih beroperasi untuk regim DAP  yang memperjuangkan pesta arak.