21
Sel, Nov
906 ARTIKEL BARU

Mahathir Malukan Tian Chua Didepan Penyokong PKR

Editorial
Typography

Dalam satu tindakan yang mengejutkan, Tun Dr Mahathir telah memalukan Tian Chua yang sekarang merengkok sebulan dalam penjara kerana melanggar undang-undang. Lebih sadis lagi, Dr Mahathir berkata demikian semasa perhimpunan lilin solidariti Tian Chua.

Sebelum ini, Tian Chua cuba untuk mengekspolitasikan tindakan beliau menarik balik rayuan dan dipenjarakan.

Beliau angkat bakul sendiri dengan mendakwa rayuan ditarik balik kerana ‘beliau sanggup dipenjarakan’ , ‘bersedia membayarnya jika harga mengubah sistem yang sedia ada bermakna beliau perlu ke penjara’ dan pelbagai lagi kata-kata manis.

Rupa-rupanya Tian Chua PKR menarik balik rayuan kerana takut hukuman penjara yang lebih panjang. 

Lakonan Tian Chua ini didedahkan sendiri oleh Mahathir di depan penyokong-penyokong Tian Chua. Dr Mahathir dilaporkan berkata Tian Chua kurang keyakinan terhadap sistem perundangan dan sistem kehakiman negara, sehingga terlalu takut untuk merayu.

"Jika kita merayu, hukuman kita mungkin meningkat - (akhirnya kita mungkin dapat) bukan sebulan, tapi lima (bulan)," kata Mahathir. 

Jika begitu, tindakan Tian Chua itu bukannya kerana rakyat, mengubah sistem dan sebagainya! Memalukan!

Ahli politik PKR ini juga mendakwa kurang keyakinan terhadap sistem perundangan dan sistem kehakiman negara. Tetapi kita lebih percaya bahawa beliau tidak mempunyai barisan peguam yang mampu berhujah mempertahankan beliau.

Dan jika bercakap kononnya ‘sistem perundangan dan sistem kehakiman negara tidak menyakinkan’, Lim Guan Eng DAP, rakan politik Tian Chua yang kerap menggunakan sistem-sistem ini dengan menyaman pelbagai pihak dan Guan Eng menang dalam beberapa kes mahkamah. Jika sistem tidak menyakinkan, Guan Eng dan sesiapa sahaja ahli politik Pembangkang tidak mungkin akan menang mana-mana kes.

Dan mana mungkin rakyat akan percaya dengan Tian Chua yang kononnya menentang ‘sistem yang zalim dan korup’ padahal beliau sekarang bersekongkol dengan individu yang beliau dan pakatan pembangkang labelkan sebagai kepala rasuah, kronisme, kuku besi, Mahazalim dan Mahafiraun iaitu Mahathir Mohamad.

Habis segala perancangan Tian Chua dan PKR untuk membohongi rakyat tentang isu penjara ini. Sia-sia sahaja banduan PKR ini melukis sel penjaranya untuk menagih simpati. Portal-portal pembangkang seperti MalaysiaKini yang begitu giat cuba untuk mempromosikan Tian Chua juga tentu akan berasa begitu bodoh kerana skrip drama murahan Tian Chua dan MalaysiaKini telah didedahkan oleh Mahathir Mohamad.

Penulis yakin rakyat tidak akan termakan dengan propaganda menagih simpati oleh Tian Chua, PKR dan MalaysiaKini ini dan jangan salahkan UMNO atau BN. Mahathir yang mendedahkannya.

Sikap tidak mematuhi perintah untuk beredar daripada Pulapol adalah satu tindakan bodoh seorang ahli politik PKR yang tidak patut dicontohi oleh rakyat Malaysia.