17
Sel, Okt
760 ARTIKEL BARU

Perhatian Kepada ROS : Belum Bermula Sudah Meragukan

Editorial
Typography

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dilaporkan telah bersetuju dengan pelantikan sebuah badan bebas oleh DAP untuk mengendalikan proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut.

DAP telah melantik Grant Thornton, sebuah firma audit bebas untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu yang dijangka pada 12 November ini.

Sebelum ini, perlantikan firma audit PKF Consulting untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu telah dibantah oleh perwakilan DAP kerana mendakwa firma audit tersebut dipilih sendiri oleh pimpinan DAP yang tidak sah dan boleh menimbulkan elemen curiga terhadap pemilihan semula terbabit.

Persoalannya sekarang, apakah perlantikan firma Grant Thornton tidak menimbulkan elemen curiga juga?

Jika merujuk dokumen Reports And Financial Statements PBA Holdings Bhd. bertarikh 31 Disember 2016, firma audit Grant Trornton merupakan pihak auditor untuk agensi kerajaan DAP negeri.

Firma Grant Thornton juga pernah dilantik oleh kerajaan DAP negeri di bawah Lim Guan Eng untuk menguruskan perkara deklarasi aset anggota-anggota exco dan ADUN Pakatan Pulau Pinang.

Kita perlu faham bahawa, 

1. Lim Guan Eng adalah Pengerusi PBA Holdings Bhd.

2. Lim Guan Eng juga adalah Ketua Menteri negeri manakala PBA Holdings adalah agensi kerajaan negeri.

3. Tetapi Lim Guan Eng sendiri bakal terlibat dalam pemilihan semula pemilihan semula CEC.

Dan Grant Thornton, firma audit untuk PBA Holdings Bhd yang akan mengendalikan proses pemilihan semula CEC tersebut di mana Guan Eng turut menjadi calon.

Jika begitu, bukankah perlantikan firma audit ini boleh mendatangkan curiga dan konflik kepentingan (conflict of interest)?

Penulis tidak menuduh tetapi puak DAP sepatutnya lebih peka memilih pihak yang akan mengendalikan proses pemilihan semula CEC supaya tidak timbul perkara-perkara yang mendatangkan curiga. Atau ianya disengajakan supaya pemilihan tersebut terpaksa dibatalkan?

Kita menyarankan agar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dapat menyiasat kemungkinan wujudnya elemen curiga dan berlakunya konflik kepentingan tersebut.

 

Rujukan:

1. http://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=179823&name=EA_DS_