24
Jum, Nov
946 ARTIKEL BARU

BR1M: Kecelaruan Pembangkang Terbukti

Editorial
Typography

PEMBANGKANG sekali lagi mempamerkan ketidakcerdikan mereka apabila mempertikaikan penambahan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada tujuh juta penerima sejak tahun 2012.

Lebih memalukan perkara ini dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen.

Ia menggambarkan beliau seperti tidak cerdik atau tidak memahami pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu.

Tahun lalu, jumlah agihan BR1M kepada rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 dan peserta e-kasih diagihkan kepada RM1,200; isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM900 dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 menerima bantuan RM450.

Najib berkata, BR1M tahun ini telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion dan  menikmati pemberian, dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan selain mengurangkan kos sara dalam bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif kerajaan menuduh sebagai 'dedak' dan 'umpan', kini tanpa segan silu membuat pusingan U yang mana mereka turut mencadangkan BR1M terus dilaksanakan.

Sikap tidak matang ini pemimpin tertinggi pembangkang ini adalah punca utama mengapa pengikut mereka tidak bertambah.

Bila BR1M diperkenalkan pada tahun 2012, ia hanya dihadkan kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah, dan ia ditambah baik pada tahun berikutnya yang mana individu yang belum berkhawin yang berumur  21 tahun dan keatas juga layak.

Ini menjadikan jumlah penerima meningkat bagi setiap tahun, oleh kerana sikap prihatin pemimpin kerajaan pada tahun 2014, kelayakkan isi rumah untuk menerima BR1M juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000 sebulan.

Kenaikkan ini juga menambahkan jumlah penerima berbanding dengan jumlah awal penerima pada tahun 2012.

Apa yang pasti pembangkang tidak berpuas hati apabila kerajaan menambah bilangan orang yang dibantu. Mereka juga melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan yang mana bertujuan untuk memburukkan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Kerajaan BN bukan seperti  pembangkang terutama Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin pembangkang lain yang lebih mementingkan anak beranak serta kroni.

Bagi kerajaan pimpinan Najib nasib rakyat dan negara adalah agenda utama, walaupun pelbagai tomahan dan cacian diterima mereka tetap menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.