24
Jum, Nov
946 ARTIKEL BARU

#Bajet2018 Dapat Sokongan Hebat Kaum India Merentasi Fahaman Politik

Editorial
Typography

PADA keseluruhanya,  kaum India  rasa  gembira dengan Bajet 2018 kerana pelbagai initiative diumumkan dalam Bajet 2018 yang kebanyakannya mencerminkan aspirasi mereka. Malah sebahagian besar inititif , dengan peruntukan khas, dalam  menjamin  hala tuju pembangunan kaum India dilihat mengembirakan masyarakat India merentasi kefahaman politik antara kaum India . Malah Bajet 2018 jelas terbukti  kerajaan kepimpinan Najib semakin komited  melaksanakan  program pembangunan bagi memperkasakan  ekonomi kaum India bagi jangka waktu pendek dan panjang.

Antara  initiatif  utama yang baru dan amat  menarik perhatian malah melegakan hati sebahagian besar  kaum India  adalah  pengagihan khas sejumlah RM 1.5 bilion unit tambahan  Amanah  Saham 1 Malaysia  kepada kaum India.  Selain itu, seperti Bajet tahun 2017, sejumlah  RM 50 juta  diperuntukkan  melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)  untuk program pembangunan sosio ekonomi masyarakat India. 

Peruntukan  lebih RM 230 juta  melalui Unit Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat India ( SEDIC)   dan RM 50 juta melalui TEKUN dalam Bajet 2017   telah terbukti meningkatkan  pendatapan isi keluarga kumpulan B40 masyarakat India.  Sebagai contoh, pendapatan isi rumah kaum India dilaporkan  telah meningkat  daripada RM 3,456 pada tahun 1999 kepada RM 6,246  menjelang  tahun 2017.

Apabila  Pelan Tindakan Pembangunan Kaum India atau Blue  Print (MIB)  dilancarkan, Najib  berjanji akan  menyediakan peruntukan lebih RM 1 bilion  untuk  mengatur  hala tuju masa depan 1.7 juta orang India di negara ini, pihak pembangkang mengkritik malah mendakwa MIB adalah satu gimmik politik untuk memancing undi menjelang PRU14.  Disebaliknya, Najib   menepati janji beliau  dengan  mengkhaskan  peruntukan  lebih daripada RM 1 bilion  dalam Bajet 2018 untuk pembangunan kaum India. Ini jelas menunjukkan  bahawa janji Najib  bukan retorik kosong bermotif politik atau vetti pechu tetapi realiti dan pasti  di laksanakan.

Bajet 2018 dijangka akan membantu menjayakan Pelan Tindakan Pembangunan Kaum India (MIB). MIB  mensasarkan   695,030 orang India,  yang dikenalpasti  berada  dalam kategori B40, iaitu 40% isi rumah terbawah dengan pendapatan bulanan  sehingga RM3,855  diseluruh negara.  Daripada jumlah tersebut, 139,010 keluarga menetap di 38 daerah di 9 negeri dengan pendapatan kurang dariapda RM2,537 sebulan. Dengan itu, initiatif-initiatif Bajet 2018 dijangka  akan membantu  meningkatkan kualiti hidup kumpulan B40 kaum India secara khususnya.

 Bajet 2018 juga dilihat memenuhi harapan dan aspirasi kaum India secara amnya dan ibu bapa secara khususnya  dalam bidang pendidikan anak-anak mereka. Bajet 2018 menetapkan bahawa  kerajaan akan mempastikan  pengambilan  kaum India ke institusi pengajian tinggi  dan perkhidmatan awam  pada kadar sekurang-kurangnya  sebanyak 7  peratus  pada masa akan datang. Initiatif ini  benar-benar  menyeronokkan hati  warga  kaum India yang terdiri daripada pelbagai kumpulan dan golongan merentasi kumpulan dan golongan malah fahaman politik yang berbeza-beza dikalangan   masyarakat India.  

Dalam pada itu, meningkat equiti kaum India  merupakan satu-satunya  impian masyarakat India sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1974.  Impian itu hampir  menjadi kenyataan apabila Bajet 2018 memperuntukkan initiative  pengagihan khas unit Tabung Amanah 1Malaysia  berjumlah  RM 1.5 bilion kepada kaum India. Inititif ini   dijangka akan membantu kaum India meningkatkan equiti mereka dalam menikmati kekayaan negara bersama-sama kaum lain.

Berhubungan dengan  peruntukan khas bagi menambahbaikan dan penyelengaraan Sekolah Tamil, RM 50 juta disediakan dalam Bajet   2018 .  Initiatif ini merupakan satu inisiatif yang berterusan sejak Bajet 2014 dan ianya  jelas menunjukkan  Najib terus  fokus dan prihatin   terhadap infrastruktur  malah  masa depan  sekolah Tamil di negara ini. 

Meskipun pihak pembangkang  mendakwa kononya  BN kurang mengambil kira terhadap  kepentingan kaum India, malah kaum India dipinggirkan,  disebaliknya  dasar inklusif dan initiatif  sosio ekonomi  yang di laksanakan  oleh Najib, terutamanya peruntukan-peruntukan khas yang disediakan dalam Bajet tahunan kerajaan sejak beliau mengambil alih pentadbiran kerajaan, jelas menunjukkan beliau terus beriltizam untuk   memperkasa ekonomi kaum India. Bajet 2018 jelas terbukti Najib menyelami denyutan hati  rakyat Malaysia secara amnya  dan masyarakat  India secara khususnya. Kaum India kini  lebih  yakin bahawa masa depan mereka akan lebih cemerlang  dan gemilang atau ‘Naalai Namathey’  dibawah pentadbiran kerajaan BN kepimpinan Najib.  

 

 

Ditulis oleh;

Datuk M.Periasamy, 

Penganalisa Politik/ Felo JASA, Jabatan Hal Ehwal Khas, 

Kementerian Komunikasi & Multi Media

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.