24
Jum, Nov
946 ARTIKEL BARU

Banjir : Projek, Fitnah & Kit Siang Diam Zip Mulut

Editorial
Typography

Ada beberapa perkara yang perlu diperkatakan tentang banjir besar yang melanda Pulau Pinang.

Kerajaan BN Persekutuan tidak pernah menganaktirikan negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Walau pun sebelum ini kerajaan BN dianggap gila oleh Lim Guan Eng DAP dan dihina setiap hari oleh puak pembangkang, kerajaan BN tetap adil serta menjalankan tanggungjawabnya.

Kita tahu bahawa DAP Pulau Pinang sengaja melengah-lengahkan atau menyusahkan kerajaan BN persekutuan menunaikan tanggungjawab membina rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang. Mereka mencipta pelbagai alasan supaya projek perumahan tidak boleh dimulakan.

Malah layanan yang diterima daripada kerajaan DAP itu dalam meluluskan projek perumahan persekutuan seperti 'lebih teruk daripada layanan kepada anak tiri'. Masih tiada kelulusan walau pun sudah 3 dan 4 tahun menunggu.

Walaubagaimana pun, kerajaan BN persekutuan tidak mengikut sikap tidak profesional kerajaan DAP tersebut.

13 projek tebatan banjir dikenal pasti akan dilaksanakan di negeri itu dan jumlah dananya ialah RM1 bilion. Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Razak semasa beliau meninjau banjir besar di Pulau Pinang.

Tetapi sekarang kedengaran suara-suara jahat yang memfitnah kononnya sebelum ini, kerajaan BN Persekutuan tidak membantu menyelesaikan masaalah banjir di Pulau Pinang. Fitnah tersebut digembar-gemburkan pula oleh portal-portal pro-pembangkang.

Padahal, kerajaan BN persekutuan telah mengeluarkan perbelanjaan untuk projek tebatan banjir di negeri itu sejak 2006. Berikut adalah perincian projek- projek di bawah RMK 9, RMK10 dan RMK11 :

a. RMK-9 (2006-2010) - RM1,493,500,000.00

  • 10 projek telah siap dilaksanakan. Antara projek yang telah siap dilaksanakan ialah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bertam Kepala Batas, RTB Bandar Pulau Pinang. RTB Sungai Junjung dan RTB Sungai Perai.

b. RMK-10 (2011-2015) - RM404,550,000.00

  • 11 projek telah dilaksanakan. Antara projek-projek tersebut ialah meneruskan untuk menyiapkan Projek RTB Bertam Kepala Batas, projek baru RTB Tasek Gelugor dan RTB Lembangan Sungai Kerian. Bagi Projek RTB Lembangan Sungai Kerian, kerja-kerja pembinaan masih dilaksanakan dan projek dijangka siap pada akhir tahun 2017.

c. RMK-11 (2016-2020) - RM150 juta

  • Projek bagi pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang, kontraktor telah dilantik dan kerja-kerja dijangka bermula penghujung tahun 2017.

Selain daripada itu, kerajaan DAP juga diingatkan supaya lebih teliti dalam meluluskan projek pembangunan bagi mengelakkan berlakunya kejadian buruk akibat bencana alam seperti banjir. Najib Razak berkata sebarang keputusan untuk meluluskan projek pembangunan itu juga mesti mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Kenyataan Perdana Menteri itu secara tidak langsung telah menyentuh kejadian tanah runtuh di Jalam Permai, Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa.

Malangnya, kita telah berulang-kali memberi amaran awal tentang kemungkinan yang akan berlaku. 

Tetapi kerajaan DAP bersikap bongkak dan tidak peduli terhadap suara rakyat Pulau Pinang. 

Satu lagi contoh ialah projek Straits Regency di Tanjung Bungah yang runtuh semasa banjir besar tersebut. Bayangkanlah jika rumah-rumah tersebut telah didiami. Mungkin ada kematian.

Lihat di bawah:

Tanah runtuh di Straits Regency seperti di atas sudah pasti menimbulkan pelbagai soalan yang akan menganggu gugat kerajaan DAP. Bagaimanakah projek ini boleh diluluskan? Siapakah yang meluluskannya? Berapa lamakah projek ini diluluskan? Apakah terdapat unsur rasuah?

Tetapi disebabkan banjir kali ini pada skala yang besar, media lebih melaporkan isu banjir secara keseluruhannya.

Dan isu bangunan serta jalan runtuh di Tanjung Bungah itu hanyalah 'salah satu daripada berita banjir' sahaja. Manakala isu besar yang melibatkan sikap tidak peduli kerajaan DAP terhadap suara rakyat tenggelam begitu sahaja.

Persoalannya, dengan pelbagai pendedahan yang telah diutarakan sebelum ini,

  • Apakah kita boleh percaya dengan mereka yang meluluskan projek-projek tersebut iaitu kerajaan DAP itu sendiri?
  • Apakah selepas banjir besar ini, Lim Guan Eng dan DAP akan kembali kepada perangai bongkak, sombong dan cakap besar beliau?

Memang benar bahawa ketika ini rakyat Pulau Pinang sedang menghadapi malapetaka dan kita semua patut membantu, tidak kira agama dan perbezaan politik. Tetapi sikap puak pembangkang yang hipokrit dan cakap besar terutamanya DAP yang menyebabkan kita perlu berhati-hati.

Sebelum ini, Lim Kit Siang DAP telah menggariskan 4 sebab mengapa rakyat Kelantan akan bangkit menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu dalam PRU14. Beliau berkata, sebab pertama adalah kerana kegagalan kerajaan PAS Kelantan menangani masalah banjir di negeri itu termasuk yang terbesar pada tahun 2014. 

Ironinya, apabila kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng gagal untuk menangani banjir di Pulau Pinang, Kit Siang diam membisu zip mulut seperti orang bodoh.

Itu hipokrit namanya dan ludah hijau terpalik balik ke muka veteran DAP itu. Memalukan.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.