24
Jum, Nov
946 ARTIKEL BARU

Mahathir Setuju Dengan Kerajaan Najib

Editorial
Typography

Seperti yang kita semua sedia maklum, Tun Mahathir sebenarnya bersetuju dengan Kerajaan bahawa GST menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, namun kerana Mahathir keterlanjuran kata menjanjikan pemansuhan GST, beliau sekarang ini mahu menggantikan GST dengan SST, sebuah sistem lapuk dan tersembunyi.

Kita perlu tahu,

  • GST diperkenalkan kerana ia lebih moden, telus, mempunyai perundangan yang lengkap bagi mengelakkan penipuan dan diguna pakai oleh 160 buah negara di dunia.
  • GST mempunyai cara perhitungan dan piawaian yang konsisten, diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Dari segi perbandingan sistem, GST adalah sistem yang moden dan lebih sistematik daripada SST.
  • SST  pula mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.
  • SST bukan sahaja keterbelakang, malah akan membebankan rakyat secara tersembunyi.
  • Dengan GST, penjual perlu secara telus menyatakan jumlah kadarnya yakni 6 peratus. Malah, syarikat itu perlu berdaftar secara sah. Di bawah sistem SST adalah tidak perlu untuk penjual maklum jumlah cukai dalam resit.

Ironinya, pentadbiran Mahathir sendiri yang mengesyorkan SST dinaik taraf kepada sistem GST.  Mahathir juga pernah memperakui GST lebih baik daripada SST.

Penjelasan GST ini telah acap kali diterangkan oleh Najib Razak dan pihak-pihak yang bertanggungjawab tetapi pembangkang sengaja buat-buat tidak faham dan memutarbelitkan isu ini.

Dalam masa yang sama, puak pembangkang cuba membohongi rakyat:

  • Pembangkang kononnya mahu menghapuskan GST dan digantikan dengan SST di mana kadarnya tidak dimaklumkan kepada pembeli.
  • Maksudnya, cukai masih dikenakan tetapi rakyat tidak sedar mereka masih dicukai walaupun diberitahu GST telah dimansuhkan.

Pembangkang juga berbohong kononnya mereka dapat menampung kehilangan hasil daripada GST. Mereka hanya sedap di mulut sahaja tetapi perlaksanaannya kosong dan tidak praktikal.

 

Sumber

https://www.najibrazak.com/en/blog/ucapan-perdana-menteri-mengenai-tun-mahathir-dan-sst/

 

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.