24
Jum, Nov
946 ARTIKEL BARU

Lim Guan Eng Salah : Hollywood & CEC DAP

Editorial
Typography

Lim Guan Eng salah. Semasa pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) hari ini,  beliau masih cuba menegak benang yang basah dek ditidakmampuan beliau untuk mentadbir parti DAP. Beliau mendakwa apa yang berlaku kepada parti DAP seperti sebuah filem Hollywood.

"Tidak ada parti-parti politik lain di Malaysia yang dipaksa mengadakan pemilihan CEC sebanyak tiga kali (2012,2013 dan 2017) dengan menggunakan senarai wakil yang sama” katanya. Beliau dengan bongkaknya juga mendakwa segalanya ini amat karut sekali. 

Penulis kata Guan Eng salah kerana jika benar ianya seperti sebuah filem Hollywood, parti DAP pasti dibubarkan bersama parti-parti pembangkang yang lain dan pemimpin-pemimpin parti cauvinis itu dihumban ke dalam penjara untuk selama-lamanya.

Barulah filem itu dapat menarik minat penonton dan mendapat kutipan jutaan ringgit. Malah filem tersebut boleh menang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia dan juga anugerah Oscar.

Tetapi sebaliknya. Kita telah disajikan dengan drama murahan tahap longkang tentang kebodohan kepimpinan DAP mengendalikan pemilihan CEC DAP.

Lebih bodoh lagi ialah kenyataan Guan Eng yang berkata tidak ada parti-parti lain di Malaysia yang mengadakan pemilihan sebanyak tiga kali.

  • Memang betul kerana tidak ada parti politik yang begitu bodoh hinggakan berlaku ‘kesilapan teknikal’ dan mereka menyalahkan program komputer Microsoft Excel.
  • Malah, tidak ada parti lain yang sanggup berbohong tentang jumlah perwakilan dan cawangan yang sepatutnya berhak untuk mengundi, tidak seperti parti DAP.

DAP juga cuba mencipta alasan kononnya mereka ‘mangsa politik’. Tetapi rakyat tahu bahawa isu CEC DAP ini adalah masaalah dalaman dan pihak yang mendedahkan pembohongan pemilihan CEC adalah ahli-ahli DAP itu sendiri.

DAP mendakwa kononnya mereka akan menang di dalam mahkamah. Padahal, ROS adalah pihak yang diberi kuasa dan keputusan ROS adalah muktamad dan konklusif.

  • Keputusannya TIDAK boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, dan tiada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayani atau memutuskan apa-apa guaman, permohonan, soal atau prosiding atas apa-apa alasan berkenaan dengan keesahan keputusan itu. Ianya termaktub dalam Seksyen 18 (c) Akta Pertubuhan 1966.

Cauvinis DAP juga masih mahu bersandiwara seperti sessi minum kopi dengan ROS dan sebagainya .

Dan jika sebelum ini Lim Guan Eng kerap mempersoalkan undi popular semasa PRU13, beliau patut malu kerana beliau sendiri tidak mengamalkan demokrasi dan undi popular yang sebenarnya dalam pemilihan CEC DAP.

Lim Guan Eng yang berada di tangga kedua dan mendapat 1576 undi semasa pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012 telah jatuh tergolek ke tangga kelima dan mendapat undi popular yang berkurangan pada pemlihan semula CEC pada 29 September 2013.

Tetapi ahli politik DAP yang tersungkur jatuh ke tangga yang lebih bawah itu dengan tanpa malunya masih mahu memegang jawatan tertinggi dalam hirarki parti DAP.

Memang benar tiada demokrasi serta hanya ada kuku besi, rasuah, kronisme melampau dalam parti cauvinis DAP dan mereka ini yang beria-ia mahu mentadbir negara ini. Negara akan rosak seperti yang terbukti di lakukan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Kronologi CEC DAP :

  • 15 Disember 2012 - Kongres Nasional DAP untuk memilih 20 ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baharu. Kesemua calon Melayu ditolak oleh wakil-wakil yang hadir di majlis tersebut. Ianya menyerlahkan satu parti yang rasis dan tidak dapat menerima orang Melayu di dalam kepimpinan tertinggi mereka.   
  • 3 Januari 2013 – Hanya setelah 3 minggu barulah DAP mengaku berbohong tentang pemilihan CEC DAP kononnya berlaku kesilapan teknikal dan menyalahkan program komputer Microsoft Excel. Tindakan DAP itu dikutuk oleh rakyat kerana parti cauvinis itu hanya ‘memperbetulkan’ pemilihan CEC setelah didesak dan terbukti parti itu rasis kerana tiada seorang pun Melayu berjaya merebut 20 jawatan CEC.
  • 17 April 2013 - ROS mengeluarkan notis kepada DAP terdapatnya aduan penyelewengan ketika pemilihan itu. Ahli-ahli DAP membuat laporan kepada ROS tentang wujudnya penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian.

Baca kronologi seterusnya : http://klxpress.com.my/editorial/25441-kronologi-status-cec-dap-fakta-vs-auta.html

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.