24
Jum, Nov
946 ARTIKEL BARU

#Bajet2018 : Cakap Meraban…Pakatan Harapan Longlai Harapan

Editorial
Typography

BERURUSAN dengan Pakaran Harapan dikepalai DAP ini, kalau kerajaan Pusat buat kebaikan sebesar gunung pun, akan dicarinya `traktor’ untuk melanggarnya. 

Namun nasib baiklah gunung itu kukuh dan dilanggar `traktor’ pembangkang pun tak runtuh. Hanya diketawakan atau menjadi gurau senda orang sekeliling yang menyaksikan.

Begitu jugalah apabila pemimpin pembangkang berdepan dengan isu-isu semasa yang berkepentingan rakyat. Tindak-tanduk mereka menyakitkan mata semata-mata untuk meraih populariti. Pendek kata untuk populis sahaja, berbeza bak langit dengan bumi pendekatan yang diamalkan oleh Barisan Nasional - lebih realistik demi rakyat.

Lihatlah, apabila Bajet 2018 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng begitu  gembira kerana disediakan peruntukan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Kata Guan Eng, pihaknya melihat projek itu sebagai pembangunan yang baik untuk negeri.

"Projek naik taraf itu sudah lama ditunggu dan saya dimaklumkan kerajaan bercadang meningkatkan kapasitinya kepada sembilan juta,” katanya tempoh hari.

Tetapi malangnya apabila tiba hari pengundian untuk luluskan Bajet 2018 di Parlimen, semua ahli parlimen pakatan mengundi untuk tolak bajet berkenaan.

Dan selepas mengundi tolak Bajet 2018, Setiausaha Agung DAP itu boleh pula minta Kerajaan Pusat untuk bagi lebih banyak peruntukan dari bajet itu untuk membantu mangsa banjir.

Agaknya elok sahaja Guan Eng ambil pendekatan Pas. Bak kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Azman Ibrahim, sama ada tolak atau berkecuali, Bajet 2018 tetap akan lulus.

"Nak tolak, tak dinafikan dalam bajet tersebut ada yang baik dan bermanfaat kepada rakyat,” katanya.

Justeru, ujar beliau kalau Pas berkecualipun tidak  akan menambah atau mengurang apa-apa dari segi kelulusan bajet.

Sama juga, kata Azman,  tindakan Pakatan Harapan menolak bajet juga tidak mengurang dan menambah apa-apa.

"Tapi nampak sedikit tak cerdik bila kita undi tolak bajet sedangkan pelbagai peruntukan yang diumumkan dalam bajet kita ambil juga," katanya.

Pelik, Pakatan Harapan ini. Cakap meraban.

Inilah agaknya juga Pakatan Harapan yang memang tak ada harapan.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.