13
Rab, Dis
895 ARTIKEL BARU

Lim Guan Eng Cuba Melarikan Diri?

Editorial
Typography

Mesyuarat DUN Pulau Pinang yang selesai baru-baru ini menimbulkan pelbagai lagi persoalan tentang ketidakmampuan Lim Guan Eng untuk mentadbir negeri.

1. Bajet ‘surplus’

YB Datuk Shah Headan Ayoob, Adun Teluk Bahang  berkata ucapan penggulungan oleh Guan Eng DAP begitu singkat hinggakan pelbagai soalan yang timbul tidak dapat dibentangkan. 

Sejak 2008 sehingga 2017, bajet kerajaan negeri selalunya defisit dan bermula dengan defisit.

"Kalau kerajaan negeri cakap bajet ini jadi 'surplus' (lebihan), kita mahu tahu kontrak mana yang dijimatkan, bagaimana kerajaan negeri lakukan sebab kalau mengambil kira 'simple calculation' kerajaan negeri telah menjimatkan 61% dari tiap-tiap tender yang kerajaan negeri berikan.

"Kerajaan negeri juga perlu memaklumkan berapa projek daripada tahun sebelumnya yang tidak digunapakai yang dimasukkan balik sehingga menjadi lebihan.

"Ini semua kita tak dapat. Hari ini kita nak tanya hal-hal ini sebab dah tahun terakhir, bila dah berhenti secara mendadak dan tiba-tiba landing jadi saya rasa bajet tahun ini amat mengecewakan" kata beliau.

YB Farid Adun Pulau Betong pula berkata Guan Eng kali ini cuba untuk melarikan diri dan mengelak.

"Isu kita panjang, cuma dia panjangkan ucapan mula dia tu dengan banjir lepas tu sedikit sahaja tentang isu kewangan, padahal pada tahun ini sesi ini kita membincangkan tentang bajet sebeb itu semua orang menunjukkan tentang bajet."

Beliau dan YB Shah Headan sudah menunggu di dewan untuk bertanyakan soalan tetapi tidak diberi ruang.

2. Usul BN Dipinda Oleh Kerajaan DAP

Inilah yang berlaku di DUN Pulau Pinang di mana kerajaan DAP telah meminda usul yang dibawa oleh ADUN BN negeri.

Pada awalnya,  YB Dr. Muhammad Farid Saad telah mengusulkan supaya kerajaan negeri menghentikan semua pembangunan di lereng bukit serta-merta hingga pemaju menyediakan pelan penguraian air dan pengukuhan tanah.

Tetapi usul itu telah dipinda oleh karajaan DAP negeri. Tindakan mereka itu untuk menutup kelemahan dan kesongsangan di dalam kerajaan DAP dan cuba untuk meletakkan bebannya kepada kerajaan BN Persekutuan.

Yang memalukan ialah kerajaan DAP sebelum ini telah pun mengakui telah meluluskan beberapa projek pembangunan di lereng bukit

“Kita mahu memfokuskan peranan kerajaan negeri tetapi mereka libatkan Kerajaan Persekutuuan sedangkan semua kelulusan pembangunan di negeri ini di bawah peranan mereka,” katanya.

3. Pusat Hiburan Diluluskan Tanpa pandangan PDRM

YB Jahara mendedahkan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada banyak premis pusat hiburan dengan mengetepikan pandangan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia.

Kononnya lesen diluluskan atas alasan ‘tiada masalah kacau ganggu dan bantahan penduduk’. Kenyataan itu tidak logik kerana pusat hiburan tersebut hanya boleh dikesan selepas operasinya.

4. Banjir besar di Pulau Pinang.

Terdapat laporan audit negara tahun 2016 dan juga laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam negeri yang telah mengenal pasti banyak kawasan-kawasan hutan simpan, kawasan lereng bukit yang telah diterokai secara haram.

Begitu juga pihak NGO dan rakyat Pulau Pinang yang telah mendedahkan pembinaan projek-projek di lereng-lereng bukit. ‘Projek khas’ hanya untuk projek yang penting untuk awam bukannya projek perumahan mampu lihat.

Lim Guan Eng dan kerajaan DAP juga terpaksa mengakui apa yang terjadi di negeri itu adalah atas faktor kelemahan pentadbiran Dap yang selama ini sentiasa bersikap sombong dan angkuh, kata Annuar Musa.
 
“Banyak pihak telah menegur pentadbiran Dap yang hanya dilihat mementingkan keuntungan tanpa memikirkan risiko pada masa hadapan… malah seringkali mereka mengeluarkan kenyataan yang bongkak kononnya mereka jauh lebih baik daripada BN.
 
“Jika diimbas kembali, pada 15 Disember 2013, Guan Eng begitu angkuh mengeluarkan kenyataan mampu menyelesaikan masalah banjir dalam tempoh satu penggal sahaja. Begitu juga ADUN Tanjong, Ng Wei Aik yang mengeluarkan kenyataan pada tahun 2008 mampu selesaikan masalah banjir dalam tempoh 9 bulan sahaja.
 
“Tetapi kita lihat apa yang terjadi sekarang ini. Sejak Dap mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang pada 2008, tahun demi tahun banjir di negeri itu semakin memburuk". kata Annuar Musa.

Yang paling jelas ialah kegagalan agensi kerajaan DAP negeri untuk bertindak segera semasa banjir dan kita berhak untuk mempersoalkan kaedah bantuan banjir oleh Kerajaan DAP itu. Sebaliknya, Guan Eng bertaichi menyalahkan agensi metereologi dan sebagainya. Malah, kerajaan DAP juga berbohong kononnya Kerajaan BN Pusat tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada negeri itu bagi mengatasi masalah banjir termasuk bantuan kepada mangsa bencana.

Kerajaan DAP Pulau Pinang juga disifatkan seperti 'hidup dalam penafian' apabila menafikan bantuan yang dihulurkan Kerajaan Persekutuan kepada mangsa banjir di negeri itu.

Pembohongan ini sangat melampau kerana kita sendiri telah menyaksikan kerajaan BN Pusat dan agensi-agensinya yang bersusah payah serta membantu rakyat Pulau Pinang, tidak seperti kerajaan DAP.  

Dan kita tahu tindakan DAP yang sanggup berbohong. Ianya dijadikan diversion supaya fokus rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang yang lebih bercakap tentang kerajaan Persekutuan dan bukannya kegagalan kerajaan DAP negeri. Tiap kali rakyat mempersoalkan kerajaan DAP, tiap kali itu juga mereka akan merekacipta isu dengan menyalahkan pihak lain hinggakan rakyat tidak lagi bercakap tentang parti cauvinis itu.

Itulah modus operandi parti yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi rasis, kronisme dan tidak demokratik.