13
Rab, Dis
893 ARTIKEL BARU

Latar Belakang CEC DAP Meragukan & Menghina Melayu

Editorial
Typography

Sebelum ini, bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa rasuah adalah amalan yang diamalkan di dalam parti cauvinis itu sedangkan pemimpin DAP sendiri asyik memperjuangkan anti rasuah. 

"Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu" katanya.

Kita juga sedia maklum dengan keputusan pemilihan semula CEC DAP pada 12 November 2017. Keputusannya menyerlahkan DAP sebagai satu parti yang rasis kerana tidak ada satu pun calon Melayu yang menang.

Pemilihan tersebut juga tidak demokratik secara total kerana Lim Guan Eng yang tersungkur lebih rendah daripada Gobond Singh Deo, dengan tanpa malunya telah memegang jawatan yang terpenting dan mempunyai kuasa eksekutif iaitu Setiausaha Agung DAP. 

Keputusannya:

1. Lim Kit Siang: 1,199 undi

2. Gobind Singh Deo: 1,198 undi

3. Lim Guan Eng: 1,180 undi

4. Anthony Loke Siew Fook: 1,175 undi

5. Liew Chin Tong: 1,123 undi

6. Teo Nie Ching: 1,080 undi

7. Chong Chieng Jen: 1,057 undi

8. Teresa Kok Suh Sim: 1,033 undi

9. Tan Kok Wai: 1,021 undi

10. Tony Pua Kiam Wee: 1,020 undi

11. Nga Kor Ming: 967 undi

12. Fong Kui Lun: 949 undi

13. Chow Kon Yeow: 900 undi

14. M Kula Segaran: 826 undi

15. Chong Eng: 734 undi

16. Datuk Teng Chang Khim: 702 undi

17. Ronnie Liew Tian Khiew: 688 undi

18. Datuk Ngeh Koo Ham: 659 undi

19. Zairil (anak tiri Khir Johari) : 649 undi

20. V Siva Kumar: 586 undi

Selain daripada 20 nama di atas, 10 orang lagi telah ditambah ke dalam CEC. Mereka ialah:

a. 3 Ahli Parlimen

  • Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt (Pengerusi DAP Sabah)
  • Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su Keong Siong
  • Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming

b. 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

  • ADUN Canning, Wong Kah Woh (Pengerusi Kebangsaan DAPSY)
  • ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan (Naib Ketua Wanita DAP)
  • ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin
  • ADUN Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
  • ADUN Ayer Keroh, Melaka, Khoo Poay Tiong

1  wakil Sarawak iaitu Dr John Brian Anthony

1 wakil Sabah iaitu Jannie Lasimbang

Penulis ingin mengingatkan kita semua dengan latar belakang kepimpinan DAP yang amat meragukan.

Setelah menyelidiki latar belakang 10 orang ahli tambahan yang dilantik ke CEC ini, adalah didapati bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan ini adalah penganut Kristian tegar, di mana sebahagian daripada mereka pula diketahui sebagai terlibat dengan aktiviti evangelisme Kristian. Perkara ini telah didedahkan oleh Dr Kamarul Yusoff.

Penulis setuju bahawa adalah sangat pelik sekali melihat cara para pemimpin DAP berpolitik ini kerana tokoh-tokoh Kristian yang dilantik ke CEC, sedangkan DAP sekarang sedang menghadapi krisis keyakinan yang serius di kalangan pengundi Melayu Islam dan terpalik isu Kristianisasi. Perlantikan lebih ramai penggiat Kristian ini hanya akan memperkuatkan lagi dakwaan bahawa DAP memang mempunyai agenda Kristianisasi. Tetapi DAP tidak peduli!

Benar bahawa DAP hanya cakap kosong sahaja dan sebenarnya tidak mahu pun sebarang calon Melayu menang. Jika DAP serius, pemilihan semula CEC DAP minggu lepas pasti menyaksikan sekurang-kurangnya seorang calon Melayu menang. Tetapi tidak berlaku, malah sebahagian besar calon Melayu malu besar kerana undi Karpal Singh yang sudah meninggal dunia lebih tinggi daripada mereka.

Malah, dasar-dasar parti DAP begitu jelas menyebabkan kaum Melayu dan bumiputera tidak berselera untuk bersama dengan DAP kecuali beberapa Melayu yang liberal, tidak sedar diri, berkepentingan dan menagih sokongan politik.

Mereka ini perlu membaca semula sejarah dan dasar-dasar DAP yang jelas menolak konsep 'bumiputera' dan hak-hak keistimewaannya. Kita perlu tahu kesongsangan Deklarasi Setapak yang diperjuangkan oleh DAP dan mereka tidak pernah pun menafikannya. Di antaranya:

  • Deklarasi Setapak memperkukuh pegangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera' diTENTANG.

Dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik dan penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'

Maka jika ada individu Melayu yang bersekongkol dengan pihak yang menentang kewujudan 'bumiputera' dan hak-haknya, bukankah individu ini memang layak dipanggil pengkhianat kepada kaumnya sendiri dan bumiputera?

Kerana itu juga tidak ada seorang calon Melayu pun yang menang dipilih. Bukan sekadar rasis tetapi DAP tidak percaya langsung kepada ahli-ahlinya yang berbangsa Melayu. Kita juga tahu bahawa perlantikan ahli Melayu dalam CEC DAP hanya sekadar wayang murahan memperbodohkan kaum Melayu dan bumiputera.

Dan benar bahawa suara dan agenda orang Melayu akan terus terpinggir daripada perjuangan DAP. Bagi DAP, Melayu hanya menyusahkan dan tidak berharga.