13
Rab, Dis
895 ARTIKEL BARU

Pembangkang Bergolak Lagi : DAP Hina & Tindas PKR

Editorial
Typography

Pakatan Harapan bergolak sekali lagi. Kali ini di antara parti DAP dan PKR.

Perbalahan sesama parti dalam PH jelas menunjukkan kerapuhan dan tiada persefahaman di antara mereka.

Kerajaan DAP berlaku zalim dan menindas sekali lagi. Lebih hina apabila kerajaan DAP berpendirian demikian terhadap rakan partinya sendiri.

Kepimpinan parti tersebut dianggap sampah dan tidak boleh dipercayai oleh kerajaan DAP.

Perkara terbaru ialah apabila Cheah Kah Peng ADUN Kebun Bunga, wakil rakyat PKR telah dilarang daripada menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir di kawasannya.

"Ketika saat genting ini, saya terkejut apabila dilarang membantu rakyat melalui tindakan yang tidak praktikal dan tidak berperikemanusiaan ini.

"Saya tidak fikir mana-mana kerajaan yang waras dan logik akan melarang wakil yang dipilih secara demokratik daripada membantu rakyat,” kata ADUN PKR tersebut.

Lim Guan Eng mendakwa tindakan itu sebagai "perubahan prosedur dalaman".

Kononnya, prosedur itu ‘diperlukan untuk memastikan semua mangsa banjir dapat didaftarkan secara komprehensif’.

Logiknya, jika benar pun alasan tersebut, tidak masuk akal apabila ADUN Kebun Bunga itu ‘dilarang membantu rakyat’. Tidak ada salahnya jika ‘prosedur dalaman’ itu dijalankan bersama dengan ADUN tersebut.

Kerana itu rakyat lebih berfikir bahawa tindakan kerajaan DAP itu bersifat balas dendam, tamak mahu mempopular diri sendiri dan bukannya mahu berkongsi dengan rakan sendiri.

Kenapa ADUN PKR ini disenarai hitam oleh kerajaan DAP?

Untuk rekod, Sidang DUN Pulau Pinang penghujung November 2015 telah menolak usul yang dikemukakan YB Dato’ Farid Saad, ADUN BN Pulau Betong yang mencadangkan supaya semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum.

Semasa sesi pengundian usul itu, Lim Guan Eng telah malu besar apabila 5 ADUN PKR mengambil sikap berkecuali dan ini menyebabkan Guan Eng berang.

Guan Eng kemudiannya menuduh 5 ADUN itu sebagai 'bersama' dengan Umno BN. Malah, kroni tegar Kit Siang itu juga mendakwa tindakan 5 ADUN itu cuba untuk menjatuhkan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon. Sampai begitu sekali tuduhan ‘tokong’ DAP itu.

Selain daripada itu, Adun DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang menyokong usul itu telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang

Dan pada Februari 2016, ADUN PKR itu telah dipecat  perkhidmatannya di dalam GLC negeri oleh Kerajaan DAP. Begitu juga ADUN Bukit Tengah.

Kedua-dua ADUN PKR sebelum ini adalah ahli lembaga pengarah Island Golf Properties Bhd (IGP), anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bukit Bendera (PHC).

Yang terbaru, PKR Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan 'membidas' tindakan kerajaan DAP menyekat peruntukan bantuan banjir kepada ADUN Tanjung Bungah. Tindakan tersebut seperti mengenepikan peranaan PKR dalam kerajaan negeri. Alasan ‘prosedur dalaman’ oleh kerajaan Guan Eng itu amat naïf dan sukar bditerima. Malah, tindakan kerajaan DAP mencalarkan semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan.

Penulis tidak tahu sama ada mahu tergelak atau simpati kepada ‘keberanian’ PKR Pulau Pinang menegur Lim Guan Eng. Penulis berkata demikian kerana isu-isu sebelum telah membongkar status parti PKR yang sebenarnya hanya parti yang tunduk kepada DAP.

Parti PKR terpaksa meminta maaf kepada Guan Eng disebabkan oleh kenyataan Mohamed Azmin PKR yang membantah tindakan kerajaan DAP memecat perkhidmatan ADUN PKR dalam GLC negeri.

Kerana itu, ‘keberanian’ PKR negeri ini hanya sekadar wayang di mana finalenya ialah PKR terpaksa tunduk juga kepada cauvinis DAP.

Kesimpulannya, isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang ini jelas menunjukkan sikap kerajaan DAP yang sangat angkuh dan sombong. Wujud elemen dictator oleh ‘tokong’ DAP yang mahu kuasa penuh tanpa ada ganggu gugat termasuk daripada rakan politik  yang tidak setuju dengan pandangannya.

Ianya memberi isyarat bahawa rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang supaya menolak unsur-unsur tidak sihat ini. DAP mesti ditolak, begitu juga rakan-rakan DAP. Menyokong PPBM dan PAN bermaksud menyokong DAP.

 

Sumber

https://www.malaysiakini.com/news/403098#OJgZsL0fHvpPXdo0.99

http://www.utusan.com.my/berita/politik/pecat-adun-pkr-persoal-kerajaan-dap-pulau-pinang-1.194504#ixzz4zJgLeHqG