14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

Penyiaran British BBC Fitnah Zahid Hamidi

Editorial
Typography

Isunya mengenai orang lain tetapi nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula yang disebut oleh agensi berita asing iaitu BBC.

Itu yang berlaku apabila BBC mencatatkan nama Zahid Hamidi di dalam facebook walau pun isunya tidak ada kena mengena dengan Timbalan Perdana Menteri.

Nama Zahid Hamidi itu disambung (link) kepada facebook yang memaparkan gambar Zahid dan isteri beliau. www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

 

Isu yang sebenarnya ialah Menteri Undang-undang Pakistan Zahid Hamid yang telah meletak jawatan untuk memenuhi permintaan penunjuk perasaan Islam yang telah merusuh dan bertempur dengan pasukan keselamatan di Pakistan. 6 orang terbunuh dan kira-kira 200 cedera semasa pertempuran pada hari Sabtu yang lepas.

Tunjuk perasaan itu juga telah melumpuhkan ibunegara Islamabad selama berminggu-minggu.

Zahid Hamid terpaksa akur kerana tindakan beliau tidak memasukkan nama Nabi Muhammad S.A.W di dalam versi baru sumpah pilihan raya negara itu.

Ironinya, kita tidak pun sampai berbuat demikian apabila pemimpin-pemimpin DAP menghina Islam dan cuba memperlekehkan ajaran agama Islam. Malah DAP bertambah berani apabila mereka tahu ada ahli-ahli politik beragama Islam yang berpaut dan menagih sokongan parti cauvinis itu.

Penulis tidak pasti sama ada BBC telah meminta maaf kepada TPM Zahid Hamidi tetapi BBC pasti akan dikutuk dan dijadikan bahan jenaka oleh pihak netizen.