14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

Wan Azizah Pun 2 Kali 5 Dengan Azmin…Takut `Bebayang’

Editorial
Typography

NAK tepuk dahi pun ada apabila melihat  gelagat Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ini berperanan sebagai ketua pembangkang. Ini sehinggakan beliau boleh terfikir untuk mempersoalkan gaji Ketua Pengarah JASA yang kononnya mengatasi gaji seorang menteri.

Tiba-tiba sahaja JASA masuk dalam `makmal’ Pakatan Harapan. Hai, nampaknya kalut juga ketua pembangkang dengan `penangan’ JASA.

Wan Azizah dengan timbalannya (PKR), Azmin Ali sama sahaja dua kali lima. Kerana takutkan `bebayang’, Azmin terpaksa menghentikan langganan akhbar Kumpulan Utusan dan Berita Harian dalam agensi, jabatan dan anak-anak syarikat kerajaan negerinya.

Kerana bimbangkan pendedahan JASA terhadap kelemahan dan muslihat pembangkang yang hanya mahu meraih undi rakyat sehingga sanggup melakukan fitnah dan adu domba, Wan Azizah terpaksa `check’ pula gaji ketua pengarahnya untuk mencalar imej institusi itu.

Persoalannya, layakkah Wan Azizah memikul jawatan ketua pembangkang kalau kredibilitinya `sekadar ada sahaja'. Sebelum ini lagi kewibawaan Wan Azizah dipersoalkan dalam menguruskan PKR. Malah, dia tidak layak menjadi pemimpin pembangkang.

Itu bukan disebut oleh orang Barisan Nasional (BN) tetapi menjadi percakapan dalam kalangan parti-parti sekutu PKR sendiri.  Dia tidak layak menjadi pemimpin pembangkang.

Dahulu semasa Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang maklumkan  bahawa Kak Wan tidak layak jadi Menteri Besar Selangor, bukan main lagi DAP dan PKR berang angin seluruh badan.

Tetapi apabila melihat persembahan Wan Azizah dalam membahaskan Bajet 2017 tahun lalu, memang ketara nampak harunya.

Kerjanya tidak lain, hanya sibuk membela nasib suaminya yang kini dalam penjara kerana perbuatan tidak bermoralnya. Kononnya menjadi mangsa kerakusan kerajaan.

Bukan sekali dua kegagalan Wan Azizah ini dapat kita lihat dengan jelas. Sudah banyak kali. Kelemahan dia terserlah secara terbuka. Itu pun masih orang tak nampak juga?

Perkara mudah yang boleh disimpulkan ialah perbalahan yang tidak sudah-sudah dalam kalangan puak-puak pakatan harapan sendiri.

Bermula dari pilihan raya negeri Sarawak, berlarutan ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehinggalah ke pertelagan merebut jawatan Perdana Menteri.

Sampai ke hari ini, Wan Azizah masih gagal untuk selesaikannya.

Kerana kelemahan itulah menyebabkan dia gagal mengekalkan pakatan pembangkang sebelum ini.

Ini sehingga menyebabkan Pas dipinggirkan dari kalangan pembangkang.