21
Sel, Nov
913 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa hampir separuh mangsa banjir di negeri berkenaan sudah dibenarkan pulang bermula awal pagi tadi.

Menurut jurucakap JKM, keadaan banjir di Kelantan pulih mendadak apabila hampir separuh jumlah mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jumlah mangsa banjir setakat 10 pagi ini turun secara mendadak kepada 44,081 orang berbanding 81,458 orang malam tadi.

Ia terdiri daripada 10,753 keluarga yang masih ditempatkan di 178 pusat pemindahan di lapan jajahan di negeri berkenaan.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (9,524 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Baharu (4,910 orang), Machang (3,769 orang), Pasir Mas (3,015 orang), Gua Musang (3,006 orang) dan Pasir Puteh (28 orang).

Dalam perkembangan berkaitan pula, cuaca di negeri berkenaan juga dilaporkan cerah pagi ini.

Berikut gambar pasca banjir di sekitar Bandar Kota Bharu:

IMG_2015-01-01 16:49:40

IMG_2015-01-01 16:52:04

IMG_2015-01-01 16:52:12

IMG_2015-01-01 16:53:18

IMG_2015-01-01 16:53:24

IMG_2015-01-01 16:53:39

IMG_2015-01-01 16:55:25

IMG_2015-01-01 16:55:34

KLXPress telah berpeluang untuk menemuramah Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Mustafa Hj. Ibrahim tempoh hari berkenaan Laporan Suruhanjaya DiRaja Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI Sabah). Beliau telah menjelaskan beberapa perkara pokok mengenai peranan Imigresen dalam membantu siasatan RCI dan juga bagaimana jabatan ini akan melaksanakan syor-syor oleh RCI tersebut.

Pembentangan laporan RCI Sabah telah dijalankan di Hotel Tabung Haji, Kota Konabalu pada hari Selasa yang lalu telah menutup

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini membuat keputusan menolak rayuan yang dikemukakan oleh ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad di bawah Peraturan Mesyuarat 19 supaya Dewan membacakan petisyen menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Keputusan itu dubuat kerana petisyen berkenaan tidak memenuhi format selain perkara itu dalam pertimbangan pihak kerajaan.

Menurut Pandikar Amin, beliau menolak petisyen itu kerana penama dalam petisyen tidak disertakan nombor kad pengenalan dan serta

KUALA LUMPUR: Kehangatan Pilihan Raya Kampus (PRK) Institut Pengajian Tinggi Awam, IPTA di seluruh Malaysia semakin terasa apabila 5 universiti pertama yang telah menjalankan pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) didominasi oleh Pro Aspirasi.

Kemenangan Pro Aspirasi itu bermula daripada Universiti Teknologi Malaysia apabila Pro Aspirasi berjaya memenangi 40 kerusi daripada 54 kerusi yang dipertandingkan pada 25 September lalu. Pro Mahasiswa dilaporkan hanya berpuas hati dengan

http://www.youtube.com/watch?v=ib1R7WTCexg

KLXPress membawakan Live Streaming Pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Pendatang Asing Di Sabah oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Sesi pembentangan ini dilakukan di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu dan dijangka bermula jam 3.30 petang sehingga jam 4.30 petang.

CARA parti-parti politik dunia mengendalikan penguasaan politik mereka sudah berbeza, seiring dengan perkembang­an semasa. Suatu ketika Barack Obama memiliki pasukan kempen digitalnya yang cekap dan berkesan sehingga membawa kemenangan besar dalam pilihan raya Presiden. Semua anggota kempen digitalnya bukan orang politik tetapi saintis. Ada antaranya saintis Matematik, statistik dan termodinamik.

Baru-baru ini, musuh parti Obama, Republikan berjaya menewaskan Demokrat dalam pilihan raya setelah

Dialog Audit KSN bersama media ataupun dahulunya dikenali sebagai Townhall Dialog akan berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri kira-kira jam 10.00 pagi sebentar lagi. Dialog Audit ini diadakan setiap kali selepas pembentangan Laporan Ketua Audit Negara di sidang parlimen.

Sebanyak sembilan kementerian dan lima agensi telah dipanggil untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara. Isu yang dijangka hangat yang bakal dibincangkan adalah mengenai projek 1BestariNet

Lebih banyak artikel..