20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 syarikat di Selangor mengalami kerugian besar akibat krisis bekalan air awal tahun ini, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurutnya, maklumat daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan syarikat yang terlibat termasuk Nestle yang mengalami kerugian RM15 juta sehari dan Monin Asia (RM112 juta sebulan) manakala Panasonic terpaksa melepaskan tempahan bernilai RM40 juta.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu impak krisis air di Selangor terhadap kewangan serta ekonomi negara.

Mahdzir berkata kerugian besar juga dialami beberapa industri seperti industri memproses makanan dan minuman, getah, kimia/oleokimia, elektrik dan elektronik, pelancongan serta industri kecil dan sederhana.

“Ada kilang terpaksa membatalkan tempahan malah ada yang terpaksa mengalih operasi buat sementara waktu ke kawasan lain termasuk di luar negara,” katanya.

Mahdzir berkata krisis bekalan air telah menyebabkan pengagihan air berjadual dilaksanakan selama kira-kira tiga bulan bermula Mac lepas.

Beliau

Prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bakal tiba ke penghujungnya dengan hujah balas oleh barisan pembelaan.

Selasa lalu, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dari pihak pendakwaan selesai membentangkan kesemua hujahnya.

Beliau banyak menyentuh aspek fakta kes, perincian hal DNA dan bahan bukti serta menjawab isu penahanan Anwar.

Sesi prosiding rayuan yang pada mulanya dijadualkan berlangsung selama dua hari itu kini sudah masuk ke hari ketujuh

Hari ini bakal menyaksikan nasib Anwar Ibrahim ditentukan oleh Mahkamah Rayuan atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari. Tan Sri Shafee, pendakwaraya bagi kes ini telahpun selesai hampir 65% hujahnya semalam yakin bahawa Anwar Ibrahim tidak akan terlepas atas jenayah yang dilakukannya.

Anwar, yang diwakili oleh Gopal Sri Ram selaku ketua peguambela bersama-sama 13 peguam yang lain dilihat telah menghujahkan isu yang lama berkenaan DNA yang menjadi bukti utama kepada kes ini.

Mobilisasi terhadap

Tidak banyak perkara yang dihujahkan oleh peguam Anwar Ibrahim padda hari ke-3 ini. Sesi pagi ini disambung oleh Ram Karpal dengan membawa hujah sampel DNA yang diperoleh daripada seluar dalam dan dubur Saiful sebagai tercemar akibat daripada kecuaian yang dilakukan oleh pegawai penyiasat Jude Pereira.

Ram juga berhujah bahawa Jabatan Kimia yang diketuai oleh Dr. Seah tidak mengikut garis panduan pelaporan yang telah ditetapkan. Seah tidak menyerahkan laporan 18 allele yang dikesan tetapi tidak

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan sehingga kini SKMM tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan ugutan bunuh yang diterima penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’, Syed Azmi Alhabshi.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meskipun ayah penganjur ada membuat laporan polis namun tidak pula menyentuh isu ugutan bunuh.

shabery “SKMM hanya akan melakukan siasatan selepas menerima laporan sama ada daripada polis atau mana-mana pihak berhubung salah

Hari ini merupakah hari ke-4 prosiding rayuan Kes Liwat II Anwar Ibrahim yang bakal menyaksikan pihak pendakwaraya yang diketuai oleh Tan Sri Shafee untuk memulakan hujah beliau. Tidak banyak yang beliau perkatakan semalam selepas pihak peguambela Anwar Ibrahim yang diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram selesai membentangkan prosiding mereka.

Shafee cuma menjelaskan bahawa cuma terdapat dalam 15% sahaja hujah yang baru yang dikemukakan oleh pihak defenden dan beliau

Semalam menyaksikan hari ke-2 prosiding rayuan Kes Liwat II Anwar Ibrahim. Pihak peguambela masih belum selesai memberikan hujah rayuan mereka dan dijangka akan disambung pada hari ini sehingga tengahari.

Sangeeta Kaur dan Ram Karpal merupakan dua peguam Anwar Ibrahim yang masing-masing membentangkan hujah mereka berkenaan DNA 'Lelaki Y' yang telah dibuktikan sebelum ini sebagai Anwar Ibrahim.

Sangeeta berhujah keras untuk menolak tiga barangan dari mana DNA Anwar Ibrahim diperoleh dan Ram pula

Lebih banyak artikel..