26
Rab, Sep
101 ARTIKEL BARU

Peranan Dewan Negara Perak Dalam Melantik Raja Pemerintah Negeri Perak

Liputan Khas
Typography
[caption id="attachment_15590" align="aligncenter" width="430"]Bakal-Bakal Sultan DYTM Raja Muda Perak - Raja Dr Nazrin Shah dan DYAM Raja Di Hilir Perak - Raja Ja'afar Bakal-Bakal Sultan
DYTM Raja Muda Perak - Raja Dr Nazrin Shah dan DYAM Raja Di Hilir Perak - Raja Ja'afar[/caption] Kejelasan wujudnya satu badan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (perenggan 3.6) yang di kenali sebagai “Dewan Negara”. Badan ini mempunyai peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam hirarki Dewan Negara Negeri Perak dianggotai oleh bakal-bakal Sultan, seseorang wakil Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan dan Mufti sebagai ahli-ahli rasmi dan sebelas ‘orang tua’ dan seorang yang bukan Melayu sebagai ahli-ahli bukan rasmi. Yang menarik dan uniknya adalah, Ahli-ahli Dewan ini dilantik oleh Paduka Seri Sultan, dan kemudian mereka pula yang mempunyai kuasa mutlak bagi memilih dan melantik Paduka Seri Sultan yang baru ketika berlakunya kemangkatan Paduka Seri Sultan. Namun kuasa mutlak bagi memilih dan melantik Paduka Seri Sultan yang baru bukan mudah kerna Dewan Negara harus mengikut adat yang di peradatkan dari turun temurun, sebagaimana Gelaran Orang Besar Perak di tingkat-tingkatkan kepada empat peringkat iaitu orang besar empat, orang besar delapan, orang besar enam belas dan orang besar tiga puluh dua bagi tujuan menyampaikan amanah rakyat bagi setiap mukim dan jajahan. Pemilihan Raja Pemerintah yang baharu itu hendaklah di laksanakan dengan secepat mungkin. Ini adalah mengikut Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII seperti berikut : Bagi memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu dinegeri Perak apabila berlaku kekosongan, Dewan Negara Perak dengan di Pengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, hendaklah mengadakan mesyuarat dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah untuk memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu. Mesyuarat ini tidak di hadiri oleh bakal-bakal Sultan dan Raja-Raja Bergelar. Maka Dewan Negara Perak akan membuat keputusan dengan sewajar dan seadil-adilnya, iaitu samada dengan mendapat persetujuan sebulat suara daripada ahli-ahli sekalian terhadap sesuatu calon atau dengan mendapat kelebihan undi bagi seseorang calon itu.