20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

Laporan Langsung: Anwar BERSALAH!

Liputan Khas
Typography

Setelah 6 tahun, 68 kali penangguhan dan 39 kali rayuan, Kes Liwat II Anwar Ibrahim kini berada di penghujungnya. Hari ini di Istana Kehakiman Putrajaya, nasib Anwar Ibrahim akan diketahui samada beliau akan pulang ke 'mahligai' beliau di Segambut ataupun ke penjara.

Prosiding rayuan kes beliau yang memakan masa hampir 8 hari telah memperlihatkan peguambela dan pendakwaraya berentap menghujahkan kes masing-masing. Para pemerhati dalam dan luar negara serta pemerhati guaman secara puratanya menyatakan bahawa pendakwaraya yang diwakili oleh Shafee Abdullah mempunyai kelebihan berbanding peguambela Anwar Ibrahim.

Peguambela Anwar yang gagal memanggil 14 saksi alibi telah sedikit sebanyak menjejaskan kes tersebut untuk memberi kelebihan kepada pihaknya.

KLXPress mengambil inisiatif untuk melaporkan secara langsung dari Istana Kehakiman Putrajaya keputusan Kes Liwat II Anwar Ibrahim. Krew kami berada di Putrajaya bermula seawal jam 6.00 pagi.

Laporan Langsung (Klik refresh untuk laporan terkini)

3.00 petang: Pihak FRU telah melepaskan amaran kedua untuk penyokong Anwar Ibrahim agar bersurai dari perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya. Namun, khalayak masih tidak mahu berganjak.

2.50 petang: Peguam Anwar Ibrahim, Gobind Deo Singh menyatakan bahawa Anwar Ibrahim akan di bawa ke  Penjara Sungai Buloh dan bukannya Penjara Kajang telah dipersetujui oleh pihak Hakim.

2.30 petang: Anwar Ibrahim kini sedang diiringi oleh pegawai polis ke kenderaan jabatan penjara tetapi pergerakan perlahan kerana terdapat penyokong beliau yang berhimpun dan bergegas mahu bersalaman dengan beliau.

2.10 petang : Situasi di luar kamar mahkamah menjadi semakin tegang. Loceng FRU telah dibunyikan dan pegawai keselamatan mengambil tempat masing-masing.

2.00 petang: Mahkamah dengan ini menamatkan perbicaraan Kes Liwat II Anwar Ibrahim yang berlangsung selama hampir 7 tahun, 68 kali penangguhan dan 39 kali rayuan dengan keputusan Anwar Ibrahim BERSALAH meliwat Saiful Bukhari.

1.57 tengahari: Mahkamah menyatakan bahawa hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar Ibrahim tidak akan berubah.

1.55 tengahari:  Mahkamah kini bersidang semula.

1.42 tengahari: Pihak hakim bersetuju untuk membenarkan Anwar memberikan kenyataan kepada mahkamah. Malangnya, Anwar Ibrahim menggunakan peluang tersebut untuk menyatakan bahawa ini adalah konspirasi besar untuk menjatuhkan beliau.

Hakim meminta Anwar Ibrahim untuk berhenti, namun beliau masih meneruskan insiden itu dengan menuduh mahkamah pula terlibat dengan konspirasi tersebut.

Hakim mengambil keputusan untuk meninggalkan kamar mahkamah kerana Anwar Ibrahim gagal untuk mematuhi arahan hakim.

Anwar Ibrahim kemudian menjerit di dalam kamar mahkamah menyatakan bahawa beliau tidak akan berhenti untuk memperjuangkan nasibnya.

1.40 tengahari: Shafee turut menyatakan bahawa Mahkamah melakukan kesalahan serius sekiranya meletakkan kesalahan tersebut kurang daripada 6 tahun. Sepatutnya kesalahan kali kedua ini perlu dihukum dengan lebih keras dan berpatutan dengan keputusan mahkamah seluruh dunia.

1.34 tengahari: Shafee pula menyatakan bahawa Anwar Ibrahim perlu mendapat hukuman penjara maksimum 20 tahun tetapi sebatan tidak perlu kerana faktor usia.

Ini adalah kesalahan yang kedua beliau dan kesan daripada kes ini memberikan impak kepada mental dan masa depan Saiful Bukhari. Malah kes Anwar Ibrahim hendak menyaman Saiful Bukhari juga ditarik balik oleh Anwar sendiri.

Shafee turut merujuk kepada kes Datuk Harun yang sebelum ini tidak mendapat pengurangan dari pihak mahkamah walaupun beliau merupakan bekas pemimpin kerajaan.

1.31 tengahari: Gopal menyatakan bahawa tiada alasan yang cukup untuk memanjangkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim berdasarkan fakta kes.

1.18 tengahari: Peguambela Anwar Ibrahim, Gopal Sri Ram telah memulahkan dengan merayu supaya hukuman Anwar Ibrahim dipendekkan kepada tempoh 2 tahun sahaja.

Beliau berhujah dengan alasan Anwar Ibrahim bekas pemimpin kerajaan dan juga merupakan Ketua Pembangkang. Gopal juga menyatakan faktor usia dan kesihatan Anwar Ibrahim.

IMG_1290

12.58 tengahari: Penyokong PKR dan Anwar Ibrahim telah mula menimbulkan kekecohan di kawasan belakang Istana Kehakiman. Keganasan dijangkakan akan berlaku di kawasan tersebut.

12.52 tengahari: Penyokong Saiful Bukhari mengambil keputusan untuk bersurai kerana keadilan telah pun dipenuhi dan mereka tidak mahu terlibat dan dikaitkan dengan apa-apa keganasan yang bakal ditimbulkan oleh penyokong PKR dan Anwar Ibrahim.

12.50 tengahari: Para analisis antarabangsa dan dalam negara menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan adalah tepat dan berlandaskan undang-undang. Tiada sebarang campur tangan dari pihak ketiga dan integriti mahkamah dan kehakiman di Malaysia adalah terus terjamin

12.25 tengahari: Penyokong Saiful bersorak gembira dengan menyatakan bahawa keadilan telah ditegakkan pada hari ini dan seterusnya semua berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan NegaraKu.

12.20 tengahari: Mahkamah tangguh bersidang untuk berehat sehingga jam 1.00 tengahari pada mana tempoh hukuman akan dibacakan.

12.10 tengahari: Pihak peguam bela sedang meminta rehat sebelum hukuman dijatuhkan

12.05 tengahari: Anwar Ibrahim didapati BERSALAH meliwat Saiful Bukhari. Semua menunggu hukuman yang bakal dikenakan.

Hakim menjelaskan bahawa terdapat bukti yang lebih dari mencukupi  dari segi saintifik dan sokongan bukti lain untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari.

11.55 pagi: Hakim Arifin turut menyatakan ahawa tidak ada sekalipun yang Anwar Ibrahim menafikan kehadiran beliau dan Saiful Bukhari di dalam kondominium tersebut.

Hakim turut menyatakan bahaa beliau mengambil kira dakwaan Anwar Ibrahim terhadap wujudnya konspirasi. Namun, dakwaan tersebut tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang merit.

Tiada konspirasi politik wujud.

11.50 pagi: Di Twitter pula, kebanyakan pemimpin pembangkang yang hadir mengirimkan tweet menyatakan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai kemungkinan yang sangat tinggi untuk disabitkan hukuman. Snip20150210_5 Snip20150210_6

11.45 pagi : Hakim Arifin menambah bahawa tidak ada sebarang kesalahan  tentang sampel tersebut dan ujian kimia yang dijalankan.

Sampel utuh.

11.40 pagi : Hakim Arifin turut menyatakan bahawa testimoni pakar kimia adalah konsisten dengan dakwaan Saiful serta tidak bercanggah. Saiful Bukhari Diliwat. 11.37 pagi : Hakim Arifin turut menyatakan bahawa sampel air mani yang ditemui selepas dua hari adalah perkara yang biasa dan tidak luar dari kebiasaan. 11.34 pagi : Hakim Arifin turut menyatakan bahawa sampel dan tindakan DSP Jude Pereira, pegawai penyiasat adalah sangat berhati-hati dalam mengendalikan bukti kes. Hakim juga mendapati bahawa sampel tidak dicemari. 11.33 pagi : Hakim Arifin juga menolak dakwaan peguambela Anwar yang menyatakan bahawa bukti tersebut diperoleh secara tidak sah. Hakim Arifin menyatakan bahawa bukti tersebut dianggap sah dan terma yang digunapakai adalah bukti bebas. 11.30 pagi :  Untuk bukti dari lokap ula, Anwar telah menggunakan barang tersebut kerana loap tersebut kosong sebelum beliau. 11.25 pagi : Hakim Arifin kemudian membuka pula fail dari bukti pakar kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tentang bagaimana terdapat bukti yang menyokong dan prima facie berjaya dikemukakan dan Mahkamah Rayuan bersetuju. "Saiful TIDAK bersuhabat dan terdapat bukti mencukupi untuk menyokong testimoninya," Hakim Arifin menambah.

11.23 pagi : Hakim menyatakan bahawa Akta Bukti tidak memerlukan pembuktian bersama dan boleh berdiri dengan sendirinya. Bukti dari saiful boleh diterima tanpa pembuktian bersama.

11.21 pagi : Hadiah sut Brioni yang bernilai hampir RM23 ribu dan juga karpet yang dirampas adalah bukti yang diterima walaupun tidak kritikal. 11.20 pagi : Mengenai Saiful, Hakim Arifin menyatakan setiap perincian adalah penting dan diambil kira dan menyatakan bahawa bukti-bukti yang peguam Saiful kemukakan boleh diterima pakai. 11.17 pagi : Hakim Arifin seterusnya membacakan soalan peguambela Anwar Ibrahim terhadap Saiful tentang KY Jelly dan mengapa Saiful tidak melarikan diri selepas diliwat.

11.15 pagi : Hakim Arifin juga menyatakan bahawa pakar yang memberikan pendapat tentang keadaan sampel tersebut dari HKL meneliti bahawa tiada keraguan dari yang munasabah tentang sampel tersebut.

11.10 pagi : Pihak hakim kini sedang membaca testimoni saksi peguambela, Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds yang memberikan pendapat bukan perubatan bahawa Anwar Ibrahim tidak mampu melakukan aktiviti seksual kerana kecederaan pinggang.

Sekali lagi hakim juga meneliti hakikat yang Brian Mcdonalds mempunyai masalah integriti.

11.00 pagi : Dari kamar mahkamah pula, Ketua Hakim Arifin meneruskan kenyataan dengan mengemukakan kembali kronologi kes tersebut.

Saiful telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur di mana sampel sperma telah diambil oleh pakar kimia.

Kemudian beliau juga menyatakan bagaimana Anwar telah ditahan dan bersamanya diberikan tuala 'Good Morning', berus gigi dan sebotol air mineral. Barang-barang tersebut telah diambil oleh pihak polis dan sampel telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Anwar telah gagal untuk memberikan kenyataan dari kandang saksi mahkamah malah hanya menuduh bahawa ini semuanya konspirasi untuk menjatuhkan beliau dan menyatakan bahawa Saiful bersubahat.

10.58 pagi : Penyokong Anwar dan Suhaimi Adnan memberitahu wartawan bahawa mereka datang secara sukerela ke Istana Kehakiman Putrajaya tanpa sebarang bayaran. Mereka juga mendakwa bahawa penyokong pembangkang hadir dengan bayaran dan upah.

IMG_1286

10.50 pagi : Penyokong Anwar Ibrahim masih engkar dan mengikut perancangan untuk membawa anak kecil untuk menyertai perhimpunan tersebut.

10.40 pagi : Penyokong Anwar Ibrahim apabila disoal oleh wartawan menyatakan bahawa mereka hanya dikumpulkan untuk turun ke Putrajaya untuk meramaikan khalayak untuk tunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Mereka mendakwa diberikan t-shirt 'Rakyat Hakim Negara' dan sedikit belanja makan tanpa memberitahu berapa nilainya.

10.30 pagi : Kemudian, beliau menyatakan semula insiden yang berlaku bermula dari kondominium dan bagaimana pelincir KY Jelly digunakan semasa kejadian itu berlaku. Arifin juga mengambil kira bahawa laporan awal doktor yang menyatakan bahawa tidak berlaku penetrasi dan mengambil kira juga integriti doktor yang memeriksa Saiful tersebut adalah diragui.

10.20 pagi : Ketua Hakim Arifin Zakaria mengatakan bahawa keizinan bukan salah satu perkara di dalam kesalahan tersebut, sambil menyatakan bagaimana Saiful pernah secara sukarela dan berkhidmat sebagai pembantu peribadi Anwar Ibrahim.

10.15 pagi : Ketua Hakim, Arifin Zakaria masuk ke kamar mahkamah dan memulakan sesi menyatakan latar belakang kes dan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim masuk ke dalam kandang tertuduh.

IMG_1284

10.12 pagi : Kelihatan pasukan keselamatan yang terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia berkuda melakukan kawalan ketat di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.

10.00 pagi : Pembantu mahkamah sedang menyediakan fail hakim dan mahkamah djangka untuk bersidang pada bila-bila masa.

IMG_1282

9.58 pagi : Penyokong Saiful sedang membacakan doa untuk kemenangan pihak yang benar dan dizalimi iaitu Saiful Bukhari.

IMG_1280

IMG_1279

9.51 pagi : Penyokong Saiful Bukhari bersama NGO yang menyokong Saiful Bukhari, yang dipimpin oleh Saudara Suhaimi Adnan, semakin membanjiri perkarangan Istana Kehakiman dan melaungkan "Liwat Tetap Liwat".

IMG_1277

9.23 pagi : Kelihatan seorang penyokong Anwar Ibrahim masih lagi degil dengan arahan polis dengan membawa anak kecil ke perhimpunan yang mempunyai kecenderungan untuk bertukar menjadi ganas ini.

IMG_1270

9.07 pagi : Kelihatan khalayak yang menyokong Anwar Ibrahim kini mencecah kira-kira 600 orang dan mereka diketuai oleh Nik Nazmi yang juga memulakan laungan menyokong Anwar Ibrahim.

9.02 pagi : Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya, Wan Azizah dan terus dikerumuni media dan jurugambar.

Bersama Anwar juga adalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim.

Anwar kelihatan letih akibat daripada ceramah beliau semalam di Padang Timur, Petaling Jaya. Rancangan beliau untuk solat berjemaah di Masjid Besi, Putrajaya juga terpaksa dibatalkan kerana keletihan.

8.00 pagi : Bekas hakim persekutuan dan peguambela Anwar Ibrahim Gopal Sri Ram kini berada di dalam bilik mahkamah.

Beliau ditemani oleh Sangeet Kaur dan Eric Paulsen, yang baru-baru ini kecoh dengan kontroversi menghina khutbah Jumaat melalui twitternya.

Pasukan pendakwaraya pula yang hadir adalah DPP Mohd Hanafiah Zakaria, timbalan pendakwaraya dan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus.

Timbalan Pengarah Human Right's Watch Asia, Phil Robertson juga berada di dalam kamar mahkamah.

IMG_1264

7.30 pagi : Kelihatan sebuah helikopter sedang berlegar merakamkan situasi di Istana Kehakiman Putrajaya.

IMG_1270

7.00 pagi : Kehadiran beberapa pemimpin PKR dan DAP mula datang ke kawasan di hadapan Istana Kehakiman. Antara individu yang diperhatikan hadir adalah Nik Nazmi, Rafizi Ramli dan Ronnie Liu.

IMG_1255

6.30 pagi : Para wartawan dan khalayak dalam anggaran 200 orang menunaikan solat subuh secara berjemaah.