21
Sel, Nov
913 ARTIKEL BARU

Terkini: Anwar Gagal Rayuan Kes Liwat II

Liputan Khas
Typography

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan wujud bukti keterangan yang mencukupi bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini antara intipati penghakiman yang sedang dibaca oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Mahkamah juga mendapati DNA Anwar yang diambil dari lokap adalah adi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya.

Penghakiman itu diberikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim.

Hakim-hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

– BERNAMA