20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

Laporan Langsung : #ForumGST : Dr Zaharuddin & Rafizi VS Lokman Adam

Liputan Khas
Typography

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya hari ini telah menganjurkan satu forum mengenai GST dengan membawa tajuk Sejauh Manakah Pelaksanaannya Menyelesaikan Krisis Ekonomi. Bertempat di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Debat GST ini akan memaparkan tiga orang tokoh iaitu YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dan juga Ketua Eksekutif Pejabat Ekonomi Selangor, Dr Zaharudin Abd Rahman, pensyarah UIAM dan juga penyokong PAS dan Saudara Lokman Adam, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas.

Laporan Langsung (Klik Refresh Untuk Laporan Terkini)

10.51 mlm : YB Rafizi menutup dengan menyatakan ketirisan kerajaan melalui 1MDB adalah salah satu punca kepada mengapa GST dilaksanakan.

10.46 mlm : Seterusnya YB Rafizi Ramli pula menyatakan bahawa keuntungan di negara kita ini tidak berasaskan CGT (Capital Gain Tax). Kerana itulah, orang kaya tidak dikenakan cukai oleh Kerajaan.Seperti mana yang terdapat pada pegangan saham yang tidak dicukaikan oleh Kerajaan. YB Rafizi berpendapat bahawa langkah yang terbaik adalah tidak melaksanakan GST, tetapi mengurangkan perbelanjaan Kerajaan. YB Rafizi menyatakan bahawa sekiranya kerajaan menjaga amanah, nilai yang dikutip melalui pembasmian rasuah.

10.30 mlm : Saudara Lokman meneruskan dengan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Zaharuddin dan juga YB Rafizi Ramli dengan menyatakan bahawa semasa keputusan untuk melaksanakan GST adalah pada keadaan yang optimum. Kadar FDI tertinggi dalam negara, kadar inflasi paling rendah dan beberapa indikator lain. Kemudian beliau membidas dakwaan bahawa kerajaan membelanjakan 20% daripada belanjawan negara dipulangkan kepada rakyat melalui subsidi.

10.24 mlm : Moderator meneruskan dengan persoalan samada GST dapat menyelesaikan krisis ekonomi. Dr. Zaharuddin meneruskan dengan menyatakan bahawa sepatutnya orang kaya epatutnya dikenakan cukai terlebih dahulu.Beliau mengulang kembali punca kepada keadaan ekonomi yang getir ini adalah akibat daripada salah laku kerajaan sendiri..

10.14 mlm : YB Rafizi meneruskan lagi dengan menyatakan bahawa GST di negara ini tidak dipanggil VAT (Value Added Tax), iaitu cukai tambah nilai yang bersifat hendak menambah nilai sahaja. YB Rafizi Ramli menyatakan bahawa GST dilaksanakan dengan keadaan rakyat yang miskin dan tidak berkemampuan.

10.10 mlm : YB Rafizi memberikan 3 persoalan untuk Saudara Lokman jawab, samada GST ini mengikut konsep yang diberikan sebentar tadi, soalan yang kedua pula adalah samada GST ini memberi keuntungakan kepada siapa dan samada GST ini dapat dijalankan dengan amanah atau tidak. Namun, Rafizi sendiri yang menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan semua faedah yang dapat kepada poket Kerajaan sahaja dan tidak sampai kepada rakyat.

10.05 mlm : YB Rafizi meneruskan lagi dengan mengatakan bahawa kutipan cukai perlulah dikutip hanya pada pendapatan yang berlebihan sahaja, iaitu hanya pada orang kaya dan bukannya pada orang miskin seperti GST. Persoalannya adalah mengenai moral cukai tersebut yang perlu diuruskan oleh orang yang beramanah.

10.00 mlm : Moderator seterusnya menjemput YB Rafizi untuk memulakan hujah pertama beliau. Rafizi menceritakan bahawa ini merupakan reunion bagi beliau kerana Dr. Zaharuddin merupakan sahabat yang masih bersama perjuangan beliau, manakala Lokman adalah sahabat yang telah meninggalkan beliau. Rafizi memulakan dengan kononnya membetulkan Saudara Lokman dengan mengatakan bahawa bukanlah Anwar Ibrahim yang memperkenalkan GST di Parlimen pada 1992 dan GST di Malaysia tidaklah unik dan sama seperti di negara seperti Singapura dan Australia (mempunyai 3 kadar yang berlainan).

9.55 mlm : Saudara Lokman menamatkan penerangan beliau dengan menyatakan bahawa pada akhirnya cukai GST itu dikutip dan dimasukkan ke dalam akaun pembendaharaan negara yang tidak dapat diusik oleh sesiapapun melainkan setelah dibentangkan di parlimen.

9.50 mlm : Saudara Lokman Adam menambah lagi bahwa model GST di Malaysia ini berbeza dengan negara seperti Singapura yang mengenakan ke atas semua kategori barangan. Model Malaysia adalah lebih kurang sama dengan Finland yang mempunyai 3 kategori yang berbeza, iaitu barangan standard (6%), barangan sifar (0%) dan pembekalan yang dikecualikan.

9.40 mlm : Saudara Lokman meneruskan dengan konsep pindahan harga yang menghilangkan dana kerana sistem SST yang mempunyai banyak kelemahan. Tambahnya GST adalah lebih adil dan telus serta bersifat 'self-policing'.

IMG_2015-03-10 21:43:12

9.38 mlm : YB Rafizi masuk ke dalam dewan dan YB Tony Pua turun daripada pentas untuk memberikan laluan kepada YB Rafizi.

9.36 mlm : Saudara Lokman Adam menerangkan bahawa cukai SST yang dilaksanakan semenjak tahun 1972 mempunyai banyak kelemahan. Dan ada antaranya mengenakan cukai antara 5% ke 26%. Tidaklah tetap pada 10% sahaja. SST juga mempunyai elemen cukai berganda, bertingkat dan lari daripada cukai.

9.31 mlm : Dr Zaharuddin menamatkan slot pertama beliau dan moderator terus menjemput Saudara Lokman Adam untuk memulakan slot pertama beliau.

9.23 mlm : YB Tony Pua baru masuk ke dalam dewan.

9.18 mlm : Dr Zaharuddin kemudian mengatakan bahawa GST perlu dilaksanakan kerana suasana getir ekonomi yang sedang berlaku. Namun, beliau menyalahkan pihak kerajaan kerana mencipta keadaan ekonomi yang getir. Beliau mengatakan bahawa cukai GST yang bersifat regressive iaitu, setiap golongan pendapatan dikenakan cukai yang pada kadar yang tetap.

9.13 mlm : Dr. Zaharuddin turut menambah keadaan ekonomi negara adalah disebabkan oleh penurunan harga minyak. Pendapat negara ketika ini yang sangat bergantung kepada hasil petroleum, kini telah semakin merudum. Akhirnya, GST perlu dilaksanakan untuk mengatasi kelemahan ini.

9.08 mlm : Dr. Zaharuddin memulakan dengan menerangkan tentang latarbelakang GST yang bermula diperkatakan sejak 1980-an lagi. GST ini diakui oleh beliau adalah baik untuk menggantikan SST. Beliau turut menerangkan bahawa GST perlu dilaksanakan kerana keadaan fiskal terkini adalah tidak baik. Ini juga diakibatkan oleh Fitch Rating di Malaysia yang semakin menurun. Bagi mengelakkan Fitsch Rating ini terus merudum, maka negara perlu melaksanakan GST.

9.04 mlm : Moderator, Saudara Nash memperkenalkan panelis pada malam ini. Beliau turut menerangkan format forum yang akan diadakan dengan 4 sesi bagi setiap panelis. Sesi pertama adalah untuk menerangkan kefahaman panelis tentang GST itu sendiri. Moderator memulakan sesi pertama dengan Dr Zaharuddin.

IMG_2015-03-10 21:04:46

8.53 mlm : Panelis dijemput ke dalam dewan dan nyanyian Lagu Kebangsaan dimainkan. Hanya Dr. Zaharuddin dan Saudara Lokman Adam sahaja yang masuk ke dalam dewan. YB Tony Pua dikatakan akan hadir sedikit lewat manakala YB Rafizi Ramli pula, menurut pengerusi majlis akan hadir sekiranya dibebaskan awal.

8.39 mlm : Panelis Forum masih belum lagi masuk ke dalam dewan. Menurut sumber, mereka yang datang pada malam ini adalah daripada kalangan pelajar IPTA dengan majoritinya adalah pelajar UIAM. Terdapat juga pelajar UKM dan sebilangan yang lain adalah pelajar UM sendiri. Majoriti daripada mereka terdiri daripada pelajar Pro-Mahasiswa yang condong ke arah pembangkang.

8.25 mlm : Dewan Kuliah A, FSSS terpaksa ditutup kerana kehadiran pada malam ini begitu meriah. Peserta yang hadir terpaksa duduk di lantai dan di tangga dan ada juga terpaksa berdiri di bahagian belakang. Panelis forum pada malam ini masih belum dijemput masuk. Hanya Saudara Lokman Adam sahaja yang dilihat sudahpun sampai kira-kira 15 minit yang lalu.

8.21 mlm : Pihak Urusetia telah mengesahkan bahawa YB Rafizi tidak dapat hadir dan diganti dnegan YB Tony Pua.

IMG_2015-03-10 20:31:39

8.20 mlm : Keadaan di Dewan Kuliah A, FSSS telah pun sesak dengan pelajar Universiti Malaya. Hampir 80% daripada mereka terdiri dari pelajar berbangsa Melayu.

Snip20150310_3

7.40 ptg Editor MalaysiaKini turut mengesahkan berita ini melalui tweet beliau sebentar tadi

IMG_2015-03-10 20:19:19

7.34 ptg : Pihak kami menenerima satu kiriman teks yang menyatakan bahawa YB Rafizi ditahan oleh pihak polis Dang Wangi atas penglibatan beliau di dalam demonstrasi haram #KitaLawan.