21
Sel, Nov
913 ARTIKEL BARU

Laporan Langsung Penamaan Calon PRK Permatang Pauh

Liputan Khas
Typography

Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh secara rasmi akan bermula hari ini selepas SPR mengumumkan senarai calon yang akan bertanding merebut kerusi yang dikosongkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didapati bersalah oleh Mahkamah atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

Proses pencalonan akan bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi ini, manakala pengundian ditetapkan pada 7 Mei, selepas dua minggu berkempan, dengan pengundian awal pada 3 Mei.

BN meletakkan harapan kepada profesional muda Suhaimi Sabudin  44,  seorang juruukur bahan, manakala PKR sekali lagi memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 63, sebagai calonnya untuk kali ketiga.

Sehingga kini sudah ada sekurang-kurangnya 3 calon bebas yang menawar diri untuk bertanding.

Análisis awal dilihat PKR akan mengalami kesukaran mengekalkan kemenangan kerana Pakatan Pembangkang  kini dilemahkan oleh perpecahan dalaman susulan cadangan pelaksanaan Hudud di Kelantan yang dikecam hebat oleh DAP dan PKR.

LAPORAN LANGSUNG

10.30am: Pegawai pengurus pilihan raya,  Husni Ismail mengumumkan empat orang calon akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Selain calon calon BN, Suhaimi Sabudin dan PKR Dr. Wan Azizah dua lagi calon ialah Azman Shah dari Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas, Salleh Ishak. Husni juga mengumumkan bahawa Salleh akan menggunakan simbol kunci.

10am: Pegawai pengurus pilihan raya, Husni Ismail mengumumkan proses penyerahan borang pencalonan ditutup.

9.40am: Sehingga sekarang, hanya empat calon berada di pusat penamaan calon.

Proses penamaan calon dijadual berlangsung selama sejam bermula 9 pagi sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Jusni Ismail mengumumkan nama-nama calon bertanding. Difahamkan, salah seorang calon Bebas, Dr Abdullah Zawawi yang menawarkan diri bertanding semalam telah menarik diri dengan alasan sudah ada calon Bebas lain bertanding.

9.05am: Calon BN dan PKR - Suhaimi Sabudin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - berada di dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang mereka.

IMG_2015-04-25 09:43:15

8.45am: Kumpulan daripada BN tiba d pagar halangan kawasan berhampiran IKBN Bukit Mertajam. Selepas calon dan Tan Sri Muhyiddin masuk ke kawasan penamaan calon. 

IMG_2015-04-25 09:38:56

8.35am: Simpang Tiga Mengkuang Titi - Pemimpin PKR dan penyokong kini berarak ke pusat penamaan calon.

Mendahului perarakan adalah anggota Kita Lawan serta diiringi laungan 'Hidup rakyat'.

8.30am: BN memulakan perarakan dari Jalan Merapit menuju ke pusat penamaan calon di IKBN Bukit Mertajam.

Perarakan itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon BN, Suhaimi Sabudin bersama isterinya.

Turut kelihatan ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Perarakan seramai kira-kira 1,000 orang itu diiringi dengan nyanyian lagu "Inilah barisan kita" dan laungan "hidup BN".

IMG_2015-04-25 09:35:17