20
Rab, Jun
83 ARTIKEL BARU

Kemaruk Mahathir Luar Biasa…

Editorial
Typography

SUDAH kemaruk agaknya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sehinggakan Johorpun dikatakan tempat tinggal kera dan monyet.

Apa ni, sudah buat tabiatkah Dr. Mahathir? Mengenali bekas Perdana Menteri ini, realitinya ada sesuatu yang mahu `dipancing’nya dari kenyataan kontroversi itu yang diungkapkannya dalam Persidangan Tahunan pertama PPBM di Shah Alam Sabtu lepas.

Dengan mengaitkan Forest City Johor dengan `kera dan monyet’ begitu tidak wajar sama sekali. Namun itulah gelagat Dr. Mahathir hari ini - yang tidak ubah sama seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah atau Mahfuz Omar yang suka bikin gempak dan kontroversi murahan.

Dengan membuatkan masyarakat marah, itu sudah cukup satu kemenangan buat Dr. Mahathir dengan meraih `publisiti  murah, asalkan kenyataan terpamer di dada akhbar dan laman sosial.

Hakikatnya, inilah Dr. Mahathir hari ini.

Dr. Mahathir dalam tiga tahun kebelakangan ini semua maklum merupakan pemimpin politik yang licik dan mampu mengeksploitasikan emosi sehingga menyebabkan semua orang khususnya orang Melayu berfikir beliau memperjuangkan nasib mereka.

Perdana Menteri ke­empat ini gemar mengambil strategi menyerang bagi mengelakkan orang lain mendedahkan salah lakunya.

Akibat dendam politik yang terlalu mendalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO dan Barisan Nasional (BN), Dr. Mahathir bagaikan ‘tenggelam punca’. Kebijaksanaan berpolitik dan ­ketelitian beliau dalam bertindak bagaikan terhakis.

Kegagalan beliau untuk menjatuhkan Najib melalui pelbagai tohmahan dan fitnah serta sanggup bersekongkol dengan musuh ketatnya DAP ternyata mewujudkan kekecewaaan yang mendalam kepada beliau.

Keadaan Dr. Mahathir menjadi ‘semakin parah’ apabila gesaan beliau supaya rakyat bangkit menentang Perdana Menteri tidak ke mana.

Agaknya itu sebabnya Dr. Mahathir tidak gusar atau takut langsung apabila menggelar Johor tempat tinggal kera dan monyet.