26
Rab, Sep
101 ARTIKEL BARU

Mahathir Bersumpah Di Masjid Putrajaya 8 Januari 2018?

Editorial
Typography

Tun Dr Mahathir Mohamad akan bersumpah menggunakan al-Quran pada 8hb Januari 2018 jam 5 petang di Masjid Putrajaya?

Dua hari yang lepas, Mahathir mendakwa berani bersumpah menggunakan al-Quran bagi membuktikan beliau tidak terbabit dalam pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 1988. Dan seperti yang dijangka, beliau menuding jari menyalahkan peguam negara ketika itu, Tan Sri Abu Talib Othman yang didakwa menggunakan namanya untuk melindungi Yang di-Pertuan Agong ke-8, Sultan Iskandar Sultan Ismail atas pemecatan itu.

“Saya tidak campur tangan langsung, kemudian baru saya tahu konon dia (peguam negara) kata saya suruh. saya berani junjung Quran masuk dalam masjid dan bersumpah bahawa saya tidak suruh,” katanya.

Sebelum ini pada 26 Julai 2017, Dr Mahathir juga telah menafikan beliau bertanggungjawab atas krisis kehakiman pada 1988, sebaliknya menyalahkan Almarhum Sultan Iskandar melalui peguam negara ketika itu, menggunakan namanya untuk memecat Salleh kerana marah dengan aduan bunyi bising akibat pengubahsuaian di kediaman Sultan Johor itu.

Pada 13 Mei 2015 pula, Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau terpaksa mengambil tanggungjawab atas pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988. Bercakap dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur, Dr Mahathir berkata, Yang di-Pertuan Agong ketika itu mahu Salleh disingkirkan. 

Bagaimana pun, anak Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Abdul Majid Idris mendakwa Dr Mahathir menggunakan nama Agong untuk menyingkirkan Salleh.

Baginda membidas Dr Mahathir Mohamad dengan mendedahkan bekas perdana menteri itu mempergunakan ayahandanya bagi memecat bekas Ketua Hakim Negara itu.

Facebook miliknya berkata, Almarhum ayahandanya tahu Salleh Abbas adalah seorang individu yang baik malah sudah berbaik dengan bekas Ketua Hakim Negara itu.

“Mahathir used my father to remove Tun Salleh, period. Tun Salleh is a good man and my father acknowledged that. He has already made his peace with Tun Salleh. Mahathir, please don’t blame people who can’t defend themselves anymore.” – Tunku Abdul Majid Iskandar

Tunku Abdul Majid juga meminta Mahathir agar tidak menyalahkan orang lain yang sudah meninggal dunia dan tidak dapat mempertahankan diri.

Lihat video : https://www.facebook.com/i.MalaysiaKini/videos/844301725617204/

Sekarang kita ada 2 cerita tentang isu pemecatan Salleh Abbas dan kedua-duanya bercanggah di antara satu sama lain.

Kerana itu kita menuntut agar Mahathir menyegerakan sumpah beliau itu dan penulis mencadangkan 8hb Januari 2018 jam 5 petang di Masjid Putrajaya.

Mahathir tidak perlu beretorik dan sengaja melambat-lambatkan sumpahnya lagi yang telah tertangguh sejak beberapa tahun yang lalu.

Mahathir datang ke Masjid Putrajaya dan angkat sumpah.

Dan jangan lupa juga angkat sumpah,

1. Beliau tidak berada di dalam Malaysia ketika berlakunya peristiwa berdarah Memali bertarikh 19 November 1985.

2. Beliau yakin Anwar Ibrahim adalah sorang peliwat.

Akhir sekali, kita memohon agar Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Johor mungkin boleh bertitah dan menerangkan perkara yang melibatkan nama Almarhum Sultan Iskandar ini. Penulis percaya baginda lebih tahu daripada semua orang dan dapat menjelaskan perkara ini supaya tidak diputar belit.

 

Sumber

https://www.malaysiakini.com/news/301733#zSXjqZwERXS6jmxK.99

https://www.malaysiakini.com/news/301733

http://www.freemalaysiatoday.com/categori/bahasa/2018/01/03/dr-m-saya-berani-junjung-al-quran-tak-pecat-ketua-hakim-salleh-abbas/