21
Ahd, Jan
700 ARTIKEL BARU

PAS & UMNO Dituduh Berkhalwat Tapi DAP Liwat Parti Mahathir & Muhyiddin

Editorial
Typography

Media melaporkan kenyataan Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Muhyiddin Yassin yang menuduh kononnya PAS dan Umno kini sedang berkhalwat.

Muhyiddin berkata dakwaan tersebut dibuat beliau ekoran kerjasama yang terjalin antara kedua parti itu.

“PAS yang sebelum ini menunjukkan minat untuk bersama kita sudah pun terpisah, tidak bersama kita dan nampaknya mereka pun sedang berkhalwat dengan Umno,” kata Muhyiddin ketika berucap dalam Konvensyen HARAPAN 2018 di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam, Selangor.

Sampai begitu sekali tuduhan Muhyiddin Yassin. Tetapi kita tidak pernah lupa dengan kenyataan beliau tentang parti DAP.

Sebelum ini, Muhyiddin Yassin telah berkata bahaawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA dan DAP hanya mahukan si Melayu menjadi kuda tunggangan yang kerjanya menjaga kepentingan cauvinis DAP sahaja.

Muhyiddin juga mengaku bahawa:

1. Kemenangan DAP di Pulau Pinang serta mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada PARTI PALING RASIS ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau.

2. DAP dengan tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

3. DAP langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

4. DAP tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja.

Muhyiddin juga berkata, agenda parti DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam. Orang Melayu juga mesti berwaspada dan jangan sampai terpedaya dengan MUSLIHAT JAHAT DAP, kata beliau.

Dan sekarang, Muhyiddin Yassin telah melanggar segala yang diperkatakannnya itu apabila bersekongkol dengan parti cauvinis DAP.

Ini bukan berkhalwat lagi tetapi meliwat prinsip sendiri. Manakala PPBM dan DAP sedang meliwat sesama sendiri!

Kita semua sedia maklum bahawa Muhyiddin Yassin adalah satu individu yang paling kecewa apabila Pakatan pembangkang memilih Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Apa tidaknya, nama beliau di angkat menjadi calon Perdana Menteri oleh Mahathir dan partinya di permulaan episod penubuhan parti PPBM.

Tetapi kini, nama beliau hilang entah ke mana.

Persoalannya sekarang, apakah Muhyiddin Yassin akan buat u-turn dan kembali balik ke parti UMNO?