17
Isn, Dis
9 ARTIKEL BARU

Pencalonan Mahathir PM Sementara Arahan Lim Kit Siang?

Editorial
Typography

ADAKAH mungkin semua orang dalam Pakatan Harapan sudah tertipu? Terpedaya kerana kononnya dikatakan pemilihan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri (PM) sementara daripada pakatan itu adalah pilihan  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika ini dalam penjara.

Sedangkan, sebenarnya pemilihan Dr. Mahathir diputuskan oleh DAP - siapa lagi kalau bukan penasihatnya, Lim Kit Siang. Sebab itu apabila Dr. Mahathir dinamakan sebagai PM sementara, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tak setuju sampai bertekak kalau boleh hendak bubuh juga calon daripada PKR.

Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pun tak setuju dengan pemilihan Dr. Mahathir sebab Azmin pun teringin dicalonkan jawatan yang belum pasti itu.

PKR Selangor hanya `bersetuju' dalam 'keadaan tidak bersetuju'.

Pencalonan Dr. Mahathir untuk jawatan PM sementara atas arahan Kit Siang itu adalah demi meraih sokongan undi Melayu. Kerana itu Azmin berani membantah pemilihan Dr. Mahathir kerana mendapat arahan Anwar, lantas mempergunakan  Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin untuk menyuarakan protes itu.

Malah, dalam ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa persidangan tahunan Pakatan Harapan di Shah Alam baru-baru ini jelas menyatakan bahawa DAP tidak pernah lupakan Anwar. Ini kerana semata-mata untuk menarik sokongan orang Melayu.

Sandiwara Dr. Mahathir-Lim Kit Siang ini dikatakan diketahui oleh orang-orang dalam Pakatan Harapan.

Bahkan, hari ini bekas Perdana Menteri itu menerima tamparan apabila pencalonannya sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dibantah ahli partinya sendiri.

Kata Ketua Pemuda PPBM Pahang, Raja Mohd Azlan Raja Omar, beliau secara peribadi melihat Dr. Mahathir tidak lagi sesuai memegang jawatan Perdana Menteri, sebaliknya memerlukan seseorang tokoh muda berkaliber.

"Pada zaman ini, saya berasakan tidak sesuai untuk beliau (Dr Mahathir) menjadi Perdana Menteri, kita perlu orang muda dan perlu ada sistem konsisten, bukannya bertukar dari Dr Mahathir kepada Anwar," katanya.

Apa nak jadi dengan Pakatan Harapan. Segalanya berserabut.