14
Jum, Dis
15 ARTIKEL BARU

Keputusan Survei & Realitinya - Kenapa Melayu Benci & Tolak DAP?

Editorial
Typography

Yang pastinya, majoriti besar kaum Melayu benci dan menolak parti DAP.

Perkara ini menjadi asas kepada keputusan kajian ISEAS-Yusof Ishak Institute. Kajian itu juga boleh mewakili sentimen majoriti kaum Melayu di seluruh negara ini kerana penyebab kepada penolakan parti DAP adalah sama.

Di antara keputusan kajian itu, 85% pengundi Melayu Johor menolak parti DAP manakala hanya 5% yang menyokong parti cauvinis DAP.  

65% pengundi Melayu Johor menyokong parti UMNO/BN, satu nilai yang besar dan sudah pasti akan merimaskan pihak pembangkang.

Manakala parti-parti Melayu iaitu PPBM, PAN dan PKR menerima kesan buruk kerana bersekongkol dengan parti DAP.

Pakatan Harapan (PH) begitu jelas ditolak pengundi Melayu Johor. 69% tolak PH.

Hanya 21% menyokong PPBM.

Amanah (PAN), parti yang dikenali sebagai parti di bawah telunjuk DAP hanya mendapat 13% sokongan sahaja. Nilai rendah ini tidak mengejutkan kerana bukan sahaja parti itu di bawah belas kasihan DAP, kepimpinan parti serpihan PAS ini gagal untuk menandingi parti PAS.

Pengundi Melayu di Johor percaya bahawa orang Melayu terpinggir di Singapura dan mereka akan menerima nasib sama sekiranya parti yang dikuasai oleh DAP memerintah. Perkara ini ada asasnya dan bukan sahaja di Singapura tetapi Melayu juga terpinggir di Pulau Pinang.

Kampung-kampung rakyat khususnya Melayu yang lenyap dan terancam dek angkara dasar kapitalis kerajaan DAP yang pro pemaju. Di antaranya:

1. Kampung Buah Pala

2. Kampung Permatang Tok Subuh

3. Kampung Pokok Assam, Jelutong

4. Kampung Dodol

5. Kampung Binjal

6. Kampung Batu Uban

7. Kampung Tanjung Tokong

8. Kampung Bagan Dalam

9. Kampung Permatang Tepi Laut

10.Batu Maung

11.Kampung Pulau Jelutong

12.Kampung Lima Kongsi, Sungai Bakap

13. Kampung Teluk Kumbar

14.Kampung Dalca

15.Kampung Sungai Nibong Kechil

16.Kampung Tengah Jelutong

17.Kampung Terang Balik Pulau

18.Kampung Genting,Balik Pulau

19.Kampung Pondok Upeh, Balik Pulau

20.Kampung Padang Benggali, Permatang Pauh

21.Teluk Air Tawar

22.Kampung Gagah, Bagan

23.Kampung Nelayan, Teluk Kumbar

24.Kampung Selut, Sungai Pinang

25.Kampung Siam, Pulau Tikus.

Dan ketika regim DAP menzalimi dan menindas rakyat terutamanya kaum Melayu, tidak ada satu pun pemimpin PAN, PKR dan PPBM yang mampu bersuara walau sedikit pun.

Bukti ini sahaja sudah cukup untuk menyedarkan rakyat terutamanya Melayu tentang betapa rakus dan bongkaknya parti DAP. Manakala PAN, PPBM dan PKR di bawah telunjuk dan hanya sekadar menagih simpati parti DAP.

Kerana itu penulis bersetuju dengan keputusan kajian di mana kebanyakan orang Melayu berpendapat bahawa dengan tidak mengundi BN hanya akan memberi kuasa kepada DAP. Pendapat ini ada relevannya dengan propaganda licik parti DAP yang cuba menipu rakyat kononnya parti itu tidak dominan di dalam Pakatan Harapan.

Lihat penjelasan : KLIK SINI

Kita berharap agar rakyat tidak terpedaya dengan sandiwara DAP dan sekutunya. Begitu juga dengan satu lagi kaedah Pakatan Pembangkang yang cuba membohongi rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu.

Sumber dalaman memberitahu bahawa kaedahnya ialah calon DAP menggunakan logo PPBM di negeri selatan Semenanjung Malaysia pada PRU14 nanti.

Kata mudah, calon DAP tapi pakai logo PPBM.

Sampai begitu sekali pelan puak pembangkang untuk membohongi rakyat terutamanya kaum Melayu. Ironinya, terdapat kepimpinan Melayu PPBM yang mempertahankan parti DAP dengan menyalahkan propaganda UMNO sebagai penyebab Melayu tolak DAP.

Yang sebenarnya, kepimpinan DAP sendiri yang menyebabkan Melayu benci parti cauvinis itu. Sudah banyak artikel dan berita tentang perkara ini tetapi kepimpinan dinasti LIM dan regim DAP tidak pernah berusaha dengan serius untuk menyahkan persepsi tersebut.

1. Walau pun peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tinggal sejarah tetapi DAP masih mengekalkan dasar-dasar parti yang menentang wujudnya Bumiputera. Mereka tidak menafikannya, malah menyiarkannya di dalam web rasmi parti DAP.

Bacahttp://klxpress.com.my/editorial/29524-bukti-kerakusan-nafsu-besar-dap.html

2. Tidak ada satu pun calon Melayu yang menang semasa pemilihan semula CEC DAP. Malah, undi calon Melayu DAP ini lebih rendah daripada calon DAP yang sudah meninggal dunia.

Dan sekarang, regim DAP bukan sahaja menzalimi dan menindas kaum Melayu, mereka juga telah menzalimi kaum lain, bermusuhan dengan ramai pihak seperti NGO dan pertubuhan Clan Cina.

Bacahttp://klxpress.com.my/editorial/29339-regim-dap-semakin-kurang-ajar-selain-melayu-ngo-cina-pun-dianaktirkan.html

Permasalahan regim DAP ini juga termasuk protes penyokong-penyokong parti DAP dan PKR yang berasa ditipu apabila kedua-dua parti ini bersekongkol dengan seorang veteran yang dianggap perasuah terbesar, kuku besi, mahazalim, pengamal kroni melampau dan paling rasis dalam negara.

Rakyat sudah muak dengan wayang murahan Pakatan pembangkang.