21
Ahd, Jan
700 ARTIKEL BARU

Pulau Pinang, Selangor `Sorok’ Cukai Hartanah Tinggi…

Editorial
Typography

ADA sebabnya mengapa Barisan Nasional (BN) bertekad menurunkan cukai hartanah jika kembali berkuasa di Selangor. Apa yang berlaku di Selangor serta Pulau Pinang sekali amat tidak memberangsangkan. Hasil yang dibelanjakan untuk perbelanjaan pembangunan adalah lebih kecil berbanding bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Di bawah pemerintahan BN, kadar bagi cukai berkaitan hartanah dan premis perniagaan di kedua-dua negeri itu tidaklah setinggi yang dikenakan sekarang. Di Pulau Pinang contohnya, kesan pentadbiran DAP ‘menempias’ bukan sahaja kepada pengundi Melayu, bahkan penduduk Cina dan India menerima impaknya.

Kos sara hidup di negeri itu semakin tinggi. Itu belum lagi dengan kenaikan cukai pintu, tarif air dan cukai-cukai perniagaan.

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mencanangkan kononnya menyerap cukai pintu untuk semua pemilik harta serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi mengurangkan beban rakyat sudah dipersoal dan menjadi pertikaian.

Perkara itu berikutan pendedahan kerajaan negeri itu terlebih dahulu menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40, tiga bulan sebelum pelaksanaan GST.

Penduduk Pulau Pinang pada 2014 hanya membayar cukai pintu berjumlah RM583.80. Bagaimanapun pada 2015, iaitu tiga bulan sebelum pelaksanaan GST, cukai pintu itu dinaikkan kepada RM667.20 iaitu bayaran sama yang perlu dibayar penduduk untuk 2016.

Meskipun selepas pengumuman pemotongan cukai pintu enam peratus untuk kesemua hartanah seperti diumumkan ketua Menterinya, Lim Guan Eng, penduduk masih perlu membayar sebanyak RM627.60 iaitu lebih tinggi daripada cukai pada 2014.

Di Selangor, cukai hartanah bermula dengan catatan angka sebanyak RM458.93 juta pada 2008 dengan cukai tersebut meningkat kepada RM1291.69 juta pada 2015. Ia menjadikan perbezaannya adalah sebanyak RM832.76 juta dalam masa tujuh tahun.

Berbeza ketika Selangor di bawah pentadbiran BN, pada 2005 angka mencatatkan RM306.48 juta, RM309.28 juta pada 2006 serta RM330.03 juta pada 2008, sekaligus ia mencatkan jumlah perbezaan yang sedikit berbanding sewaktu Selangor di bawah pentadbiran pembangkang.

Begitu juga di Pulau Pinang, ia bermula dengan jumlah RM19.23 juta pada 2008 meningkat kepada RM414.13 juta pada 2015.

Itulah al-kisah cukai hartanah di Selangor dan Pulau Pinang ketika BN sudah pun merancang menurunkan kadar cukai itu sekiranya berkuasa semula terutama di Selangor.