23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Kempen Rakyat Biasa Yang Bakal Menjatuhkan Pembangkang

Editorial
Typography

Pakatan pembangkang akan kekurangan sokongan pengundi pada PRU14 nanti. Perkara ini sudah pasti akan mencemaskan pakatan pembangkang terutamanya parti DAP. Apatah lagi, pembangkang sedang berdepan dengan penyokong-penyokong tegar yang tidak dapat menerima Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pakatan pembangkang bakal kekurangan 10% hingga 15% sokongan kaum Cina pada PRU14 nanti. Ini termasuk pengundi yang menyokong pembangkang dalam PRU13 tetapi yang mungkin tidak keluar dan mengundi dalam pilihan raya umum nanti dan ianya boleh menghancurkan Pakatan pembangkang yang memerlukan jumlah pengundi lebih tinggi untuk memenangi PRU14.

Perkara ini dinyatakan di dalam sebuah portal berita tetapi tidak mendapat sebaran yang sepenuhnya.

Isunya mengenai satu kempen merosakkan undi yang sedang berlegar di kalangan beberapa media sosial berbahasa Cina.

Penganalisis politik berkata, memandangkan parti-parti Pembangkang bergantung sokongan 80% daripada komuniti Cina pada PRU14, kempen undi rosak ini boleh menjejaskan peluang mereka di banyak kerusi Parlimen dan negeri.

"Mereka adalah pihak kiri dan membentuk 10 hingga 15% pengundi Cina. Alasan mereka merosakkan undi kerana suara mereka tidak didengar. Mereka akan merosakkan PH lebih berbanding BN." katanya lagi.

Portal tersebut melaporkan bahawa satu tinjauan terhadap tiga akaun Facebook berbahasa Cina yang mempromosikan kempen ini menunjukkan kebanyakan kekecewaan itu disasarkan kepada DAP yang memperoleh sokongan utamanya daripada komuniti yang bertutur bahasa Cina.

Penganalisis berkata gerakan ini mencerminkan trend kebosanan dan ketidakpuasan hati terhadap politik yang meluas terhadap ahli politik Malaysia di kedua-dua belah pihak kerana pertelingkahan di antara mereka bertambah hebat menjelang PRU14 tahun depan.

Di antara sebab kempen tersebut ialah:

1. Undi rosak boleh mewakili rasa tidak setuju terhadap kerajaan dan pembangkang.

2. Undi rosak akan memberi pengajaran kepada ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

3. Undi rosak adalah satu bentuk semak dan imbang bagi parti yang meletakkan calon tidak dikenali pengundi.

Pelbagai pandangan yang telah dilaporkan oleh portal tersebut. Di antaranya:

"Mereka tidak ke Parlimen dan menjadi malas dan hanya mahu glamor. Oleh itu, kempen undi rosak boleh memaksa calon-calon dan parti untuk mendengar rakyat," kata seorang facebooker.

"Jika parti-parti politik tidak menghormati apa yang rakyat inginkan, rakyat boleh memilih untuk membuang undi rosak." katanya lagi.

Isu suara rakyat tidak didengar oleh parti-parti politik terutamanya parti DAP bukan lagi satu dongengan. Kerajaan DAP begitu jelas telah membelakangi NGO-NGO yang mewakili suara rakyat. Malah, kerajaan DAP sedang berkonfrontasi dengan pertubuhan kaum Cina seperti Penang Chinese Clan Council (PCCC).

PCCC telah menyatakan pendirian bahawa sambutan Budaya dan Warisan Tahun Baru Cina tidak akan diadakan pada tahun 2018. Pengerusinya Anthony Chang berkata keputusan itu adalah kerana kurangnya kerjasama dan sokongan daripada kerajaan DAP.

"Pada mulanya, kami memutuskan untuk sebuah pasukan baru dari bahagian pemuda kami, Jawatankuasa Pemuda PCCC, memimpin jawatankuasa kerja dalam merancang acara itu,"

"Walaupun menghantar beberapa surat tetapi tiada jawapan daripada kerajaan negeri." katanya.

Bagaimana pun, pertelingkahan di antara kerajaan DAP dengan Penang Chinese Clan Council (PCCC) menimbulkan tanda tanya iaitu:

1. Apakah mereka masih mahu mengundi parti DAP pada PRU14 kelak setelah mereka dihina dan diperlekehkan terang-terangan oleh kerajaan DAP?

Kita percaya bahawa ubat kepada keegoan, sikap sombong dan angkuh DAP ini hanyalah satu iaitu dengan menolak parti cauvinis DAP dan sekutunya pada pilihanraya umum kelak.

Sudah tiba masanya untuk NGO-NGO, PCCC dan kumpulan-kumpulan lain untuk tampil ke hadapan dan menolak segala kezaliman, korupsi dan penindasan regim DAP.