23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

RELA Akan Ajar Shafie…

Editorial
Typography

DAHULU waktu jadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, bukan main Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal puji dan hargai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Bukan main diangkatnya. Tapi bila tidak lagi jadi menteri dan kini di pihak pembangkang, presiden Warisan itu tergamak menyelar  `anggota RELA hanya sesuai untuk perkhidmatan kawalan trafik di majlis-majlis kenduri sahaja.”

Shafie `tidur’ agaknya. Atau sebenarnya sengaja mahu bikin panas dengan kenyataan-kenyataan yang kontroversi untuk memancing `publisiti murahan’ menjelang beberapa bulan ini berdepan pilihan raya umum ke-14.

Realitinya, RELA kini telah berkembang menjadi sebuah pasukan sukarelawan yang teramai di Malaysia dengan penyertaan melebihi tiga juta orang menjadikan RELA sebagai agensi sukarelawan nombor satu di negara ini.

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mengumumkan peruntukan khas sejumlah RM6 juta kepada pasukan RELA  Sabah baru-baru ini bagi menghargai prestasi dan sumbangan anggota itu di Sabah yang memiliki 10,000 anggota.

Dana yang besar ini itu turut disertai dengan pemakaian operasi Digital (POD) bagi membantu di kawasan sepanjang 1,700 kilometer dibawah kawalan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

RELA bukan setakat bukan jaga trafik semasa majlis kenduri semata-mata, tetapi RELA  telah digerakkan bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi penguatkuasaan yang lain dalam menangani ancaman keganasan terutama kumpulan militan Daesh di negara ini.

Besar kepercayaan dan tanggungjawab itu. Beberapa langkah turut diambil dengan antara tugasan yang  diberikan kepada RELA adalah dalam hal pencegahan jenayah seperti memantau 'lorong-lorong tikus' dan menjadi pemberi maklumat kepada polis dalam hal berkaitan keluar masuk individu atau kumpulan yang dikaitkan dengan keganasan.

Di Sarawak, jiran negeri Shafie, RELA dipertanggungjawabkan memantau kegiatan pembalakan haram di Bumi Kenyalang.

Pintu masuk dan keluar negara sama ada laluan laut, darat dan udara dikawal agensi-agensi penguatkuasaan tetapi perlu  ada pemantauan terhadap lorong-lorong tikus. Lorong-lorong tikus sudah menjadi lorong gajah.

Inilah peranan dan tanggungjawab tambahan anggota RELA seramai 3 juta ini. Shafie jangan cuba `menjolok sarang tebuan’ lagi. Cukuplah menghina anggota RELA dengan tohmahan meyakitkan.

RELA akan mengajar anda di hari pengundian nanti.