23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Jual Nasi Lemak & Pemandu Uber - Tun M Buat U-Turn Sekali Lagi

Editorial
Typography

Isu Tun Dr Mahathir, nasi lemak dan pemandu Uber daripada kalangan lulusan universiti telah mendapat komentar yang banyak di dalam media sosial.

“Mereka terpaksa menjual nasi lemak dan pandu Uber kerana tidak ada peluang kerja dan ini menunjukkan kegagalan kerajaan mentadbir negara ini supaya orang yang orang yang dilatih dengan ilmu tinggi dapat pekerjaan yang memberi pendapatan sama dengan tahap kebolehan mereka.” kata beliau.

Mahathir jelas telah buat u-turn sekali lagi kerana kenyataan beliau itu jauh menyimpang daripada kenyataan beliau sebelum ini.

Mahathir pernah berkata, negara akan menuju kehancuran sekiranya semua lulusan universiti di negara ini menganggap bahawa kerajaan berhutang dengan mereka dalam menyediakan pekerjaan sebaik tamat pengajian.

Mahathir berkata, anggapan seperti itu sebenarnya menyukarkan graduan universiti memperoleh pekerjaan kerana mereka menyangka ia adalah tanggungjawab kerajaan semata-mata.

Katanya, dunia hari ini adalah berbeza berbanding pada satu ketika dulu apabila semua lulusan universiti mudah mendapat pekerjaan.

``Dunia tak semacam itu, kadang-kadang ada peluang (tetapi) kadang-kadang tak ada peluang,'' kata bekas Perdana Menteri.

2 kenyataan yang amat berbeza tentang 1 topik yang sama oleh Mahathir ini amat menyecewakan.

Dalam masa yang sama, pengangguran merupakan satu isu global yang melibatkan kesemua negara di dunia ini.

Malah, kadar pengangguran tertinggi negara adalah ketika Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Kadar pengangguran di Malaysia (1997 - 2017)

Kerajaan BN pula telah mengambi inisiatif untuk memastikan kadar peratusan pengangguran dalam kalangan siswazah dan belia lebih rendah menerusi pelaksanaan Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pakatan pembangkang pula bukan sahaja tidak ada penyelesaian tentang isu pengangguran ini, mereka juga berhasrat untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam.

Parti DAP telah menyatakan hasrat mereka untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara. Bagi DAP, penjawat awam di Malaysia yang jumlahnya 1.6 juta sebagai membebankan.  

Pembangkang mendakwa negara ini hanya perlukan 430,000 penjawat awam. Ini bermakna, hampir 1.2 juta orang penjawat awam akan dibuang kerja jika Pakatan Pembangkang memerintah negara.

Pelan gila puak pembangkang ini bukan membantu tetapi memudaratkan lagi isu pengangguran di negara dan mesti ditolak. Caranya ialah dengan menolak parti DAP dan sekutunya pada PRU14 nanti.