20
Sel, Feb
724 ARTIKEL BARU

Skandal Terowong : Rasuah Jutaan Ringgit & Pembohongan Kerajaan DAP

Editorial
Typography

Skandal RM6.3 bilion projek super mega Lim Guan Eng dan kerajaan DAP semakin panas dan menjadi perbualan rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang.

Walau pun isunya melibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi seluruh kepimpinan dan penyokong DAP di negara ini turut menanggung malu. Selain daripada menolak Tun Dr Mahathir, skandal ini juga sudah pasti menyebabkan lebih ramai lagi orang tidak mengundi parti cauvinis itu.

Kerana itu kita boleh lihat kaedah kerajaan DAP dan 'tokong' DAP yang cuba untuk mengelirukan rakyat dengan pelbagai alasan dan putar belit sehinggakan mereka sendiri keliru terkantoi berbohong. 

Ramai pihak yang telah menulis tentang skandal bilion ringgit wang rakyat ini. Penulis juga telah menulis tentang skandal ini. Begitu banyak loopholes nya dan ianya tidak mampu lagi disanggah oleh kerajaan DAP negeri.

1. Struktur Konsortium SPV Berubah-ubah

a. 6 Januari 2013

 Struktur Consortium Zenith Construction Sdn Bhd CZCSB (dahulu dikenali sebagai Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd):

 Sumber :https://www.penang.gov.my/images/stories/pgInfra/PEMBENTANGAN%20PROJEK-PROJEK%20UTAMA%20PULAU%20PINANG%20-%20BM%20PART%203.pdf

b. 2 Januari 2018

Merujuk kepada kenyataan Bursa Malaysia, struktur Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) terbaru menunjukkan syarikat China Railway Construction Corporation Limited (CRCCL) tidak lagi memegang saham di dalam CZCSB. Begitu juga Beijing Urban Construction Group, syarikat yang telah dibuang oleh kerajaan DAP negeri.

Padahal, modal berbayar China Railway Construction Corporation Limited adalah RM 4.0 bilion manakala modal berbayar Beijing Urban Construction Group adalah RM541 juta dan jumlahnya itu merupakan 92% daripada total modal berbayar CZCSB.

Dan jika merujuk kepada kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta untuk sesebuah syarikat/konsortium menjalankan projek mega terowong laut ini, struktur terbaru CZCSB tidak lagi mempunyai modal berbayar minima seperti yang ditetapkan.

Terbaru, China Railway Construction Corporation (CRCC) Malaysia telah menafikan mereka adalah pemaju atau pemilik saham dalam konsortium CZCSB!

Kerajaan DAP kantoi bohong! 

2. Projek Tidak Mengikut Jadual Pelaksanaan.

Kita boleh rujuk jadual pelaksanaan di bawah. Kerajaan DAP negeri beberapa kali berbohong kajian kebolehlaksanaan feasibility studies telah 'hampir' siap. Sehelai kertas kajian pun tidak ditunjuk oleh kerajaan DAP tetapi RM208 juta ringgit wang rakyat telah diberikan kepada syarikat terlibat.

 

 Ironinya, tidak ada pula berita syarikat itu perlu membayar denda kerana projek tertangguh serta tidak mengikut pelan asal. Memang pelik!

3. Isu RM208 juta untuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) atau Kebolehlaksanaan & Reka bentuk Projek Lebuhraya atau kesemuanya.

Siapa Yang Bohong? Siapa yang cakap putar belit dan berbohong sebenarnya berhubung projek super mega terowong dasar laut dan tiga lebuhraya di Pulau Pinang? 

Lihat video : KLIK SINI

Jawapan Guan Eng DAP memang berbelit-belit.

Terbaru, SPRM mendapati, beberapa ahli politik dipercayai menerima habuan sehingga jutaan ringgit, dalam kajian projek terowong dasar laut itu. Sumber berkata, beberapa individu penting yang dipercayai terbabit dalam projek itu, akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM dalam tempoh terdekat.

Skandal bilion ringgit Lim Guan Eng dan kerajaan DAP semakin terbongkar.

 Kronologi skandal terowong & Datuk Ditangkap : Baca Sini