
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.
"Ia tidak patut lama... dalam enam bulan akan siap," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti dapur jalanan di sekitar Jalan Tun Perak malam tadi.
Najib berkata selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu.
"Itu yang dia perlu, bukan flat tapi tempat di mana dia boleh tidur supaya tidak tidur di tepi jalan," katanya. Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota.
Respons dan tindakan serta-merta Najib Razak ini jauh berbeza dengan kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng. Realitinya, di bawah kerajaan Lim Guan Eng, satu operasi besar-besaran telah diadakan ke atas gelandangan dan pengemis di Pulau Pinang.
Dalam masa yang sama, kita tidak pasti kenapa SorosKini MalaysiaKini tidak menyiarkan sebarang foto Perdana Menteri. Mungkin mereka tidak berada ketika Najib Razak melakukan tinjauan mengejut itu. Atau mungkin mereka sengaja tidak mahu menyiarkan ?Malah, ADUN DAP juga terlibat mengejar dan menangkap gelandangan yang cuba melarikan diri dalam operasi tersebut.
Dan sekarang Lim Guan Eng DAP seperti berlagak simpati dan 'hero' terhadap golongan gelandangan di negeri itu! Bukankah itu hipokrit namanya?








