11
Isn, Dis
908 ARTIKEL BARU

Putar Belit Dan Publisiti Yang Memualkan

Blog
Typography

DR MIM - Sebelum ini, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, telah mendakwa kononnya Kerajaan Pusat menjadi punca kelewatan projek-projek termasuk pelaburan asing, infrastruktur dan bekalan air mentah di negeri itu. Guan Eng juga mendakwa kononnya tindakan Putrajaya itu hanya akan merosakkan negara kerana pelabur asing yang kecewa dengan kelewatan akan mencari lokasi pelaburan lain di samping turut mendakwa usaha MIDA menarik pelabur asing ke negeri itu dibekukan. Benarkah kenyataan ahli politik DAP ini yang pernah dilabel sebagai tidak boleh dipercayai oleh Tunku Aziz? Di bawah adalah jawapannya : Kerajaan dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) tidak pernah bersikap diskriminasi dalam membawa masuk pelaburan atau 'pilih kasih' memberi insentif kepada negeri tertentu sepanjang 47 tahun mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebaliknya menegaskan bahawa keputusan untuk melabur ditentukan oleh syarikat antara lain berdasarkan lokasi. Katanya, meskipun ada naik turun, Pulau Pinang kekal satu daripada destinasi pelaburan utama di negara ini dalam kalangan pelabur asing terutama dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) serta peralatan perubatan kerana sejarah, kemudahan infrastruktur dan ekosistem industri yang kukuh di negeri itu. "Bagi tempoh 2011 sehingga September 2014, MIDA Pulau Pinang telah memudahkan lebih 200 lawatan daripada syarikat-syarikat asing ke negeri itu. "MIDA juga menganjurkan pelbagai bengkel dan taklimat tentang Dana Strategik Pelaburan Dalam Negara (DISF) kepada persatuan industri dan syarikat di Pulau Pinang sejak ia diperkenalkan Julai 2012," katanya dalam kenyataan di sini. Media juga melaporkan : Sambil menyifatkan dakwaan Guan Eng itu sebagai tidak bertanggungjawab, Mustapa berkata, Guan Eng seharusnya bertanyakan INVEST Penang dan syarikat-syarikat di negeri itu untuk memberi maklum balas sama ada wajar atau tidak bagi beliau membuat kenyataan tidak berasas tersebut. Jelas Mustapa, selain aktiviti promosi harian yang diadakan oleh MIDA, beliau sendiri mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara di mana setiap kerajaan negeri dijemput untuk turut serta tanpa sebarang prejudis, selain kerap mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat setiap kali melawat Pulau Pinang. Malah, tambah beliau, pada 17 Oktober dan 13 November ini, MIDA akan menganjurkan Seminar Sektor Perkhidmatan Pelaburan di Pulau Pinang dan telah menjemput INVEST Penang untuk menjadi speaker pada acara berkenaan. Selain itu, katanya, pihak kementerian juga merancang untuk menjadi tuan rumah Persidangan SEMICON pada awal tahun depan, pertama kalinya di Malaysia dan diadakan di Pulau Pinang. "Guan Eng perlu memastikan fakta beliau betul terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan. Saya sedih dan kecewa kerana seorang Ketua Menteri menggunakan publisiti murah untuk mempromosikan dirinya sendiri. "Kenyataan beliau menjejaskan MIDA dan usaha saya dalam mempromosikan pelaburan di Malaysia. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dan pelaburan, saya ingin Ketua Menteri menunjukkan bukti dakwaan beliau," katanya - UM Jika beginilah sikap murahan Lim Guan Eng DAP, beliaulah yang sebenarnya cuba mengeruhkan hubungan di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Dan kita jangan lupa dengan tindakan tidak bertanggungjawab anak Lim Kit Siang DAP ini apabila memburuk-burukkan negeri Johor semasa beliau berada di Singapura sebelum ini. Sehingga ke hari ini, anak Lim Kit Siang DAP ini masih tidak menjawab isu yang memalukan beliau.

banner-8