17
Sel, Okt
757 ARTIKEL BARU

Anwar Benar-Benar Kepanasan

Blog
Typography

ANWAR benar-benar kepanasan berdepan dengan liwat II yang akan dibicarakan pada 28-29 oktober. Perbicaraan itu adalah untuk mendengar rayuan 5 tahun penjara yang dijatuhkan mahkamah rayuan pada 7 Mac lalu kepada Ketua Umum PKR itu.

Pada 28-29 Oktober, dipercayai pihak pedakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bukan sahaja mahu mempertahankan hukuman itu, akan tetapi meminta mahkamah persekutuan menambah jumlah hukuman.

Anwar didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya seseorang lelaki pada 26 Jun 2008, di sebuah Kondominum di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Kini, para pencinta Anwar, bukan sahaja menghasut para penyokong PKR atau pembangkang turun ke jalan menjelang hari perbicaraan itu, akan tetapi sedang menjelajah Australia untuk meminta sokongan dari negara kangoro itu. Delegasi pencacai Anwar itu diketuai MP Pandan Rafizi Ramli yang juga Setiusaha Agung PKR yang baru dilantik Anwar.

Di Australia, pencinta Anwar itu mendapat kerjasama daripada seorang senator penyokong seks songsang Senator Nick Xenophon.

Sebelum ini, Anwar berkiblat kepada Turki dan Amerika untuk mendapat sokongan berkaitan kes liwat yang dihadapinya, namun kedua negara itu kini, telah lepas tangan; dan Australia dianggap masih menyokong beliau melalui lobi Xenophon.

Anwar mampu melibatkan negara luar dan rakyat biasa membela masalah peribadinya; atas sebab kemampuannya memutar fakta dalam masa-masa tertentu. Amerika dan Turki pada mulanya percaya bahawa Anwar dianaya, namun selepas mendapat butiran yang jelas, kini dua negara itu menarik diri menyokong MP Permatang Pauh itu.

Melihat fakta yang dibentang pada mahkamah rayuan, yang menyebabkan hakim menjatuh hukuman kepada Anwar; adalah dilihat, mahkamah persekutuan tidak akan menggangu keputusan itu; malah AYT berkeyakinan mahmah apek itu akan menambah hukuman sebagai pengajaran.

P