23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Lebih Banyak Lagi Terbongkar : Skandal Terowong DAP & LGE

Editorial
Typography

Kita tentu terkejut dengan kenyataan P. Ramasamy, timbalan Ketua menteri Pulau Pinang tentang skandal mega terowong dasar laut Pulau Pinang.

Beliau mendakwa bahawa,

I don't think the Penang state secretary said that the CRCC holds equity in the SPV. (Saya tidak fikir Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan bahawa CRCC memegang ekuiti dalam SPV)

Adalah amat memalukan apabila seseorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan DAP tidak tahu tentang kenyataan akhbar bersama Setiausaha kerajaan DAP Pulau Pinang Dato Farizan Darus dan pegawai kewangan Pulau Pinang Dato Haji Mokhtar Mohd Jait pada 4 Mac 2013.

Dan kenyataan akhbar tersebut disiarkan di dalam facebook Buletin Mutiara, lidah rasmi kerajaan DAP.

Di antaranya, Setiausaha kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa,

Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah special purpose vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:-

Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing;

Beijing Urban Construction Group 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta;

Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta; dan

Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.

Di sini jelas bahawa CRCC bersama Zenith Construction memegang ekuiti sebanyak 70%

Penulis menyarankan kepada P. Ramasamy supaya buat homework dan fahamkan dahulu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan DAP supaya tidak tangkap muat sahaja, semata-mata mahu menegak benang yang basah.

Beginilah...

Di antara kriteria kerajaan DAP ialah meletakkan modal berbayar minima RM381 juta untuk mana-mana syarikat yang ingin merebut tender RM6.3 bilion tersebut.

Jika CRCC (nilai RM4 bilion) tidak termasuk dalam konsortium yang ‘menang’ tender tersebut, total modal berbayar konsortium tersebut hanya RM549.2 juta bukan RM4549.2 seperti yang dinyatakan oleh kerajaan DAP.

Manakala total modal berbayar konsortium tersebut berkurangan lagi menjadi hanya RM8.2 juta sahaja apabila  Beijing Urban Construction Group (nilai RM541 juta) dibuang keluar daripada konsortium tersebut.

Dan jika dicampur dengan modal berbayar syarikat fesyen Voir (RM66 juta) pun, modal berbayar konsortium SPV masih kurang daripada kriteria yang ditetatpkan!

Ironinya, nilai-nilai ringgit ini cuba disembunyikan oleh portal pembangkang MalaysiaKini di dalam artikel mereka yang cuba membela Lim Guan Eng dan kerajaan DAP.

Lebih mengejutkan apabila kerajaan DAP ‘amat bermurah hati’  apabila mereka  membayar dahulu wang rakyat sebanyak RM4.9 juta untuk konsultasi repot DEIA bagi pihak pemaju!  

Normally, the developer will appoint its own consultant to prepare the DEIA report. The state government, following a request by Penang Forum, agreed to appoint an independent consultant to draft the DEIA report for three major roads and the undersea tunnel, with the amount paid by the state government to be reimbursed by Consortium Zenith BUCG, in cash.

There is no mention of the DEIA cost in the preliminary agreement, but PAC recorded it as RM4.9 million.

Persoalannya,

1. Kenapa kerajaan DAP yang perlu mendahulukan wang RM4.9 juta sedangkan pemaju itu sendiri yang patut mencari konsultan DEIA dan membayarnya dengan wang mereka sendiri?

2. Apakah konsortium SPV tidak cukup wang untuk menampung harga konsultasi tersebut?

3. Jika benar, bagaimanakah konsortium SPV mahu memulakan satu projek mega yang memerlukan ratus jutaan modal untuk melaksanakannya?

4. Takkan mahu ditunggu untung projek pembangunan tanah barulah konsortium itu dapat bergerak?

Kita tunggu jawapan Ramasay & kerajaan DAP, itu pun jika mereka berani jawab.

 

Sumber

https://www.facebook.com/buletinmutiara/posts/608368049180649

https://www.facebook.com/cmlimguaneng/posts/1942481845781907

https://www.malaysiakini.com/news/409920