17
Jum, Ogs
56 ARTIKEL BARU

1.62 Juta Rakyat Malaysia Dihina Oleh DAP Pembangkang

Editorial
Typography

Parti DAP bertekad melaksanakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam setiap tahun jika pembangkang menang pilihanraya umum kelak.

Agensi kerajaan DAP menyarankan Malaysia hanya perlukan 430,000 penjawat awam sahaja. Untuk rekod, Malaysia mempunyai 1.62 juta penjawat awam.

Dalam kata lain, lebih daripada 1 juta penjawat awam sekarang perlu bersiap sedia untuk dipecat dan menganggur jika PH-DAP menang pada PRU14 nanti. Pembangkang bukan mahu membantu isu pengangguran negara tetapi menambah lagi penganggur jika mereka menang PRU14.

Bukan itu sahaja. DAP menganggap penjawat awam membebankan dan menggelar mereka ‘berat mati’ yang perlu ditanggung.

Pemimpin DAP juga menghina seluruh pegawai perkhidmatan awam apabila berkata 'punca korupsi dalam perkhidmatan awam sebab dimonopoli oleh satu kaum sahaja iaitu Melayu'. 

Kita dapat mengagak sebab tindakan DAP menghina penjawat awam tanpa rasa bersalah. DAP tidak dapat menerima bahawa majoriti penjawat awam terdiri daripada kaum Melayu/Bumiputera.

Sikap tidak bertimbangrasa puak DAP ini tidak mengejutkan kerana dasar parti itu sendiri tidak mengiktiraf ‘Bumiputera’. Perkara ini sangat jelas diperjuangkan oleh DAP.

"Deklarasi Setapak memperkukuh pegangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera' diTENTANG."

Pelan DAP ini jauh berbeza dengan perjuangan kerajaan BN tidak akan mengurangkan saiz penjawat awam. Malah Datuk Seri Najib Razak menjamin bahawa perkhidmatan pekerja kontrak sedia ada juga akan diteruskan. Perkara itu dinyatakan sekali lagi oleh beliau pada 29 Januari 2018. 

Malangnya, sekutu DAP yang terdiri daripada PKR, PPBM dan PAN hanya mampu melihat sahaja tanpa mampu mengkritik Deklarasi Setapak DAP yang jelas telah melanggar Perlembagaan Malaysia.

Lebih mendukacitakan ialah apabila ada orang Melayu yang menjadi ahli parti yang menentang kewujudan bumiputera. Mereka ini adalah pengkhianat bangsanya sendiri.

Kerana itu juga, rakyat Malaysia terutamanya 1.62 juta penjawat awam mesti menolak gabungan pembangkang yang dikuasai oleh DAP. Satu undi PPBM, PAN dan PKR adalah satu undi untuk parti cauvinis DAP.