17
Jum, Ogs
56 ARTIKEL BARU

Malang Sekali Mahathir Tak Bangkitkan Isu Sawit Ke Duta EU  

Editorial
Typography

SEMAKIN `kacau bilau' fikiran Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga sanggup melutut ke kaki duta-duta Kesatuan Eropah (EU) mendesak  mereka campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia. Apa ni? Sudah terdesakkah?

Soal menggesa duta EU mengenakan tekanan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara bersih dan adil itu satu hal.

Tetapi satu perkara besar yang harus diambil perhatian oleh rakyat negara ini, adakah Dr. Mahathir dalam pertemuan itu ada membangkitkan isu pasal  kempen antiminyak sawit di Eropah oleh EU?

Bukankah EU sudah mengesahkan rancangannya untuk mengharamkan bahan bakar biosawit yang menjadi sebahagian besar eksport Malaysia? Pengharaman itu bermula tahun 2021, iaitu tiga tahun sahaja lagi.

Jawapannya, isu sawit tidak dibangkitkan langsung oleh Dr.  Mahathir kepada duta-duta EU terbabit?

Sebaliknya Dr. Mahathir sibuk berpolitik tak memikirkan untung nasib peneroka Felda dan Felcra yang bergantung rezeki pendapatan pada sawit.

Minyak sawit adalah penyumbang utama kepada ekonomi, masyarakat dan kemakmuran Malaysia. Lebih 650,000 pekebun kecil bergantung kepada tanaman sawit. Jumlah ini mencecah 2.3 juta rakyat Malaysia sekiranya bilangan kanak-kanak daripada keluarga yang terbabit juga diambil kira.

EU sememangnya hipokrit dengan cuba melakukan penjajahan ekonomi ke atas negara-negara pengeluar minyak sawit berhubung sekatan yang dicadangkannya terhadap komoditi tersebut.

Langkah itu lebih kepada penjajahan berikutan ia didorong oleh alasan yang tidak berasas susulan mereka mengetahui terdapat hubungan antara kelapa sawit dan pendapatan rakyat di kawasan luar bandar.

Jadi, di mana maruah Dr. Mahathir yang mengetepikan isu-isu peneroka tanpa membangkitkan langsung isu minya sawit yang sedang menghadapi cabaran besar untuk diboikot oleh EU.

Atau barangkali Dr. Mahathir sengaja tidak mengajukan isu itu kepada duta-duta EU tersebut supaya senang untuk parti yang diketuainya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti-parti sekutunya dalam Pakatan Harapan mencanang isu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Justeru, kerajaan akan dipersalahkan oleh peneroka dan penduduk luar bandar kerana tidak memperjuangkan isu pemboikotan sawit oleh EU ini habis-habisan.

Dr. Mahathir serta Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah yang hadir dalam pertemuan dengan duta-duta EU baru-baru ini, mempunyai ruang dan peluang yang besar untuk mengemukakan nota bantahan atau setidak-tidaknya memberi penjelasan kepada duta terbabit berkaitan isu sawit.

Tapi malangnya, sekali lagi kerana dendam kesumat politiknya terhadap Perdana Menteri, isu yang berkepentingan rakyat yang lebih besar tidak dipedulikan Mahathir.