22
Kha, Feb
740 ARTIKEL BARU

Ini Pun Difitnah Oleh Pembangkang

Editorial
Typography

Kita semua tahu bahawa pakatan pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbohong dan menabur fitnah untuk mendapatkan undi rakyat.

Daripada perkara yang besar hinggalah kepada perkara kecil, pembangkang akan terus membohongi rakyat dengan harapan rakyat terlalu bodoh dan percaya bulat-bulat dengan politik kotor mereka.

Sehinggakan khidmat masyarakat yang dilakukan oleh kepimpinan Barisan Nasional juga menjadi target mereka. Padahal, parti Barisan Nasional bukan parti bermusim seperti PKR, PAN, PPBM dan DAP.

Parti-parti pembangkang pula hanya 'turun ke padang' dan tunjuk muka kononnya prihatin bila musim pilihanraya sahaja.

Bila selesai pilihanraya, mereka menghilangkan diri, malah ADUN dan ahli parlimen yang mewakili Pakatan pembangkang ini berkemungkinan besar akan lari ke kawasan lain kerana tahu rakyat setempat tidak puas hati dengan perkhidmatan mereka.

Barisan Nasional pula tetap memberi khidmat masyarakat walau pun DUN dan parlimen itu dimenangi oleh pembangkang kerana parti itu berteraskan rakyat akar umbi. Maka fokus BN setempat tetap membantu rakyat.

Malangnya, puak pembangkang bukan mahu bersaing dengan BN secara sihat dalam memberi khidmat rakyat.

Mereka tahu mereka tidak mungkin mampu melakukannya secara ikhlas sepanjang masa seperti BN. Kerana itu, pakatan pembangkang menggunakan taktik kotor dengan menyebarkan fitnah tentang khidmat masyarakat yang dilakukan sepanjang masa bukannya bermusim oleh kepimpinan BN.

Terbaru, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menyifatkan pembangkang kini semakin takut dan gentar apabila melihat khidmat masyarakat yang dijalankan oleh kepimpinan BN sentiasa menjadi tumpuan rakyat yang memerlukan.

“Bila tular di media sosial kononnya BN beli undi saya berasa sangat kecewa. Ini satu fitnah jahat yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mereka sengaja sebarkan gambar sampul dengan logo BN, barangan keperluan dengan logo BN dan sebagainya.

“Kita BN sentiasa berkhidmat tidak kira waktu. Sudah berpuluh tahun, memang sumbangan ini diberi berterusan. Ada dalam bentuk kerajaan dan dalam bentuk parti.

“Siapa yang terima sampul ini? Mereka yang uzur, sakit kronik, yang datang ke pusat khidmat, golongan asnaf, anak masuk asrama, kenduri kahwin, kematian dan sebagainya. Ini berterusan setiap minggu, bulan.. sejak dulu,” ujar beliau.

“Tanyalah mereka di bawah, ramai yang terima termasuklah mereka di kawasan pembangkang. Kawasan yang mustahil BN menang pun kita beri. Kalau orang tengok orang cakap kita bodoh lah tapi kita tidak buat atas perkiraan menang atau kalah. Kita bagi pada mereka yang memerlukan,” tegas Zainal.

“Apa yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini adalah semata-mata mahu mengaburi mata rakyat kononnya mereka yang tidak menerima bantuan ini disisihkan.

“Inilah fitnah jahat yang cukup bahaya. Jadi nasihat saya kepada orang ramai, berfikirlah secara matang dan jangan mudah terpengaruh dengan fitnah ini,” ujarnya lagi.

Kita berharap agar rakyat tidak terpedaya dengan fitnah pembangkang ini.

Apabila bercakap tentang khidmat masyarakat, kita juga jangan lupa dengan kezaliman kerajaan DAP negeri yang membekukan peruntukan di kawasan rakan-rakan politik dalam Pakatan Harapan. ADUN PKR menangis meratapi kezaliman kerajaan DAP yang tidak membantu kawasan beliau.

ADUN DAP pula bukan sahaja tidak menerima RM200,000 yang sepatutnya digunakan untuk rakyat setempat kerana telah dibekukan oleh kerajaan DAP, 5 pembantunya juga telah diberhentikan oleh kerajaan DAP.

Kerana itu, PRU14 adalah masanya untuk rakyat menolak Pakatan Harapan.