25
Rab, Apr
958 ARTIKEL BARU

PPBM Ibarat Nasi Tambah Dalam Pakatan Harapan

Editorial
Typography

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  cuba untuk menjadi parti yang dominan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) walaupun hanya bersandarkan kepada kekuatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang kini berusia 93 tahun dilihat cuba untuk menjadi Presiden kepada gabungan tersebut walaupun pada hakikatnya penerimaan beliau dalam PH ibarat nasi tambah bagi menarik sokongan orang Melayu.

Apa yang pasti DAP selaku majoriti dalam Parlimen tidak akan membenarkan perkara itu berlaku, walaupun dihadapan media mengakui menerima Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara.

Ini kerana mereka tahu selama 22 tahun Dr Mahathir mengetuai pentadbiran  nasib mereka ibarat dihujung tanduk bila-bila masa boleh tergugat, kerana kelicikan beliau dalam arena politik.

Jika kita lihat sebarang pendedahan yang dilakukan oleh musuhnya pasti menerima akibat. Ia berlaku dalam sistem pentadbiran beliau di mana beberapa orang hakim dipecat kerana tidak sehaluan.

Kemuncaknya pentadibaran beliau dikecam hebat apabila memecat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  dari kabinet kerana didakwa terbabit dalam salah laku.

Maka bermula episod bagaimana beliau berterusan dikecam berterusan oleh penyokong Anwar yang mahukan pembelaan. Ini termasuk daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Berikutan itu DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR bimbang sejarah lama akan berulang semula dan tiada pembelaan kepada nasib mereka terutama Anwar.

Mereka tahu Dr Mahathir  akan melindungi segala kesalahan yang dilakukan jika diangkat sebagai Perdana Menteri sementera nanti, kerana pemimpin pembangkang sebelum bersatu telah membuat pelbagai pendedahan terhadap beliau.

Difahamkan  mereka cuba mencari jalan agar Dr Mahathir tidak angkat sebagai Perdana Menteri sementara, malah dalam pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), PPBM diletak di kawasan bukan selamat yang mana ia kubu kuat UMNO.

Walaupun timbul tentangan dari akar umbi, laungan mereka tidak dipandang oleh mana-mana pihak termasuk pemimpin PPBM kerana PKR, DAP dan PAN tahu bahawa parti tersebut tidak mempunyai ahli yang cukup kuat dan besar.

PPBM pada hakikatnya tidak mempunyai sebarang kekuatan seperti rakan sekutu dengan jumlah ahli yang hanya kurang daripada 100,000 orang,  mereka ini adalah serpihan daripada UMNO.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjelaskan bahawa PPBM tidak akan mampu untuk menggantikan UMNO dan memainkan peranan utama dalam menerajui negara.

Menurutnya, ini dapat dilihat apabila dalaman PPBM bercelaru termasuk gagal mematuhi pelembagaan parti, malah barisan kepimpinan mereka lebih mementingkan kedudukan daripada mendengar suara akar umbi.

Najib berkata, beliau tidak mahu nasib rakyat diperjudikan, kerana pembangkang tidak pernah menghiraukan nasib rakyat hanya berjumpa ketika hampir PRU.

Apa yang dilakukan oleh pembangkang hanya memburukan parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN).

Jika kita renung BN sejak diberi amanat untuk menerajui negara  agenda utama adalah pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat . Ini bermakna rakyat akan menikmati pembangunan selaras dengan peredaran zaman.

Sementara itu,  bekas ahli PPBM, Mohd Anas Sudin menjelaskan PPBM mengamalkan sistem diktator dalam sistem pentadbiran mereka, yang mana kuasa mutlak dari pemimpin tertinggi harus dipatuhi begitu juga dalam struktur parti.

`Tiada amalan demokrasi dalam parti’ itu perkatan sesuai yang ada pada barisan kepimpinan tertinggi PPBM kata Mohd Anas.