22
Kha, Feb
740 ARTIKEL BARU

Konflik! Azmin Ali Dedah Parti Amanah Tidak Amanah & Berbohong

Editorial
Typography

Untuk sekian lama Pakatan Harapan Selangor cuba untuk membohongi rakyat kononnya pakatan itu bersatu hati dan bersepasukan, hari ini tembalang mereka terbongkar juga.

Pakatan Harapan Selangor bergolak!

Dan ianya tiada kena mengena dengan UMNO atau BN tetapi pertelagahan sesama sendiri dalam pakatan yang sudah tidak ada harapan itu.

Terbaru ialah laporan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Mohamed Azmin Ali yang menempelak PAN, parti serpihan PAS kerana berbohong dengan mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk.

"AMANAH berbohong...AMANAH tidak mengatakan yang benar, AMANAH tidak amanah.

"AMANAH paling kurang memberitahu orang ramai duduk perkara yang sebenarnya? Kita telah bertemu sebanyak empat kali?" katanya.

Azmin berkata jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak 4 kali.

Ironinya, Azmin Ali secara tidak langsung turut menempelak Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini berkata jawatankuasa khas rundingan kerusi PH akan ditubuhkan?

Azmin berkata tidak akan ada suatu jawatankuasa khas.

"Malangnya kami masih belum mencapai persetujuan di kalangan empat parti ini.

"Tetapi sekarang terdapat permintaan, daripada menamakan jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor, mereka mahukan ia untuk memfokuskan kepada rundingan kerusi.

"(Jadi) mereka menamakannya sebagai 'jawatankuasa rundingan kerusi'. Anggota yang sama, anggota parti yang sama, parti yang sama," dakwa beliau.

Azmin turut mendakwa 'lebih 80 peratus' kerusi telahpun diputuskan setakat ini.

Bagaimana pun, kenyataan Azmin Ali itu diragui kerana media pembangkang melaporkan bahawa PAN, DAP dan PPBM enggan merundingkan kerusi dalam jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor dan menggesa suatu jawatankuasa lain dibentuk.

Maksudnya, Azmin Ali pun berbohong dan tidak amanah?

Maka timbul satu lagi persoalan, apakah benar jangka hayat Azmin Ali sebagai Menteri Besar sudah tidak panjang lagi?

Bukan sahaja disebabkan isu terbaru ini tetapi Azmin turut bergantung kepada sokongan ADUN-ADUN parti PAS yang masih lagi terlibat dalam kerajaan PKR negeri.

Malah, kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru di antara PAS, PH dan BN di Selangor akan merunsingkan lagi Azmin.

Jelas bahaw PH semakin bercelaru, bergaduh sesama sendiri dan segalanya ini sudah pasti menambah keyakinan rakyat untuk menolak pakatan yang sudah tidak harapan ini.