24
Sel, Apr
953 ARTIKEL BARU

Kasihan PAN `Baru Kenal Siapa Azmin’

Editorial
Typography

BARU PAN `bertemu buku dengan ruas’ dengan Menteri Besar Selangor Azmin Ali ini.

Kemelut masing-masing, sama ada PAN atau Azmin menuding jari sesama sendiri bahawa soal rundingan pengagihan kerusi telah dibincangkan dalam kira-kira empat kali mesyuarat sesama  parti-parti sekutu Pakatan Harapan baru `introduction’ sahaja.

Eloklah satu parti (PAN) menggelar Azmin sebagai `badut’ manakala pula mendedahkan parti Mat Sabu sebagai `AMANAH tidak Amanah’. Dua kali lima, jadinya 10.

Buat PAN, pertelingkahan dengan Azmin ini baru peringkat `permulaan’. Selepas ini rasakanlah `penangan-penangan’ daripada anak didik Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir Mohamad ini.

Bukankah Azmin `terer’ bermain politik. `Silap matanya’ dalam menggerakkan muslihat politik dengan kelicikannya sentiasa menjadi kerana dia banyak belajar dari `sifunya, Anwar dan Mahathir yang pernah menjadi `bapa angkatnya’.

Tengoklah, bagaimana `penangan’ Azmin menyebabkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sampai kempunan hingga hari ini nak duduk jawatan nombor satu kerajaan negeri Selangor sebagai Menteri Besar (MB).

Habis bekas  MB, Khalid Ibrahim dilanyaknya.

Meskipun DAP dan PAN pernah mencuba menghasut Azmin supaya memecat Exco Pas dari pentadbiran kerajaan negeri kerana Pas bukan lagi anggota Pakatan Harapan, Azmin buat selamba dan bodoh sahaja.

Azmin Ali sendiri takut untuk memecat Exco Pas terbabit ketika partinya sendiri sedang `mengasak’ Pas untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

Kerana apa?  Kerana keengganan Azmin itu  berkait rapat dengan kedudukannya sendiri sebagai Menteri Besar. Kerana tanpa sokongan dan dukungan Pas dalam kerajaan negeri, kedudukan Azmin sendiri akan terancam.

Tapi bukankah Azmin ini licik. Setelah beberapa ketika isu itu dilupakan, baru-baru ini, Azmin main wayang lagi. Peruntukan kepada wakil rakyat Pas untuk tahun 2018 ini dibekukannya.

Bukan sedikit tu, banyak. Peruntukan tahunan sebanyak RM800,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menyebabkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pun naik angin dengan Azmin. Tapi apa nak buat, kuasa di tangan Azmin. Telan air liur sahajalah Pas.

Setelah Pas menjadi mangsa, kini PAN pula menjadi sasaran Azmin.

PAN bukan lawan Azmin. PAN hanya `melukut di tepi gantang’ sebab itu Azmin tidak kisah mahu perbudak-budakkan Pas. Setakat Mat Sabu tak ada apa.

Azmin licik mengambil kesempatan.

Februari tahun lalu, dia  menerusi laman Twitternya menyebut ada seorang menteri kanan khabarnya meletak jawatan kerana tidak mahu bersubahat dengan skandal 1MDB.

Tetapi rupa-rupanya dakwaan Azmin itu sekadar  pembohongan dan  sengaja direka.

‘Siap siaga’ lah PAN dengan Azmin. Nasib engkaulah PAN.