22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

`Janji Populis’ Hukum Pembangkang

Editorial
Typography

MUDAH berjanji melangit, bulan dan bintang tapi penuh dengan onar dan pembohongan. Kalau teliti janji-janji terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan, boleh `mati terkejut gembira sakit jantung’ dibuatnya.

Kalau dikupas satu persatu, tak tergamak dan termalu sendiri nak dedahkan cacat cela manifesto pembangkang yang menjanjikan `dunia’ kepada rakyat. Antaranya, andai menang pilihan raya umum ke-14, mereka mahu memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif kerajaan.

Walhal, fakta sebenarnya pembangkang gagal bangunkan rumah mampu milik mereka di Pulau Pinang dan Selangor. Bahkan melambat-lambatnya, dengan premium tanah juga ditingkatkan di Selangor.

Sesuatu yang harus diakui adalah Pakatan Harapan memang merancang manifesto itu untuk gagal. Yang mereka jadikan ia berjaya adalah usaha mendapatkan undi sahaja. Pembangkang sibuk memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, padahal janji mereka sendiri entah ke mana?

DAP, Pas dan PKR sebelum ini pun tak pernah tunai janji yang terkandung dalam buku jingga untuk ‘Banteras Rasuah’. Dalam Buku Jingga pembangkang yang diedarkan tahun lalu, dinyataka satu janji mereka iaitu untuk ‘Membanteras Rasuah’ . Bagaimanapun, mereka jelas gagal melaksanakannya.

Seorang pemimpin utama pembangkang yang cukup lantang menuduh kerajaan BN adalah rasuah sudah pun menjadi orang kena tuduh dalam kes penyelewengan iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP. Adam Rosly, Ketua AMK PKR Ampang juga terpalit dengan rasuah.

Pernah dalam kempen menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada Mei 2016, manifesto DAP turut dikritik teruk pemimpin dan penyokong parti itu sendiri terutama yang menjanjikan perkhidmatan pengangkutan awam percuma jika menang amat berbahaya jika diterima rakyat Sarawak.

Bahaya manifesto ini adalah kita boleh menjanjikan langit, bumi malah syurga.

Apa yang mahu diubah pembangkang yang acap kali perkataan "ubah" ini sentiasa bermain di bibir Lim Kit Siang dan dan pemimpin pembangkang yang lain? Janji mereka ini melangit sedangkan BN sudah berada dahulu di padang luas dalam pengendalian isu - meningggalkan pembangkang terkontang-kanting tanpa isu untuk dikunyah.

Dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan pelapik atau kusyen untuk menyelamatkan Malaysia apabila harga minyak yang merudum hampir melenyapkan industri minyak dan gas itu.

Sebagai salah sebuah daripada 168 buah negara di dunia yang ada GST adalah tidak memeranjatkan. Dan kerajaan negeri pimpinan Najib terus berusaha sedaya-upaya meringankan kesan asakan itu dengan mengurangkan bayaran tambang feri, tarif elektrik, mengurangkan cukai tanah dan menghapuskan tol secara berperingkat.

Lalu dengan cara itu mengurangkan kesan ke atas kos sara hidup secara amnya.

Ketika ini sebanyak 89 peratus manifesto BN yang telah dilaksanakan itu merangkumi 4,172 projek melibatkan jumlah bernilai RM62.87 bilion sehingga November 2016.

Pakatan pembangkang hanya mementingkan kerja menyerang kerajaan dan menghasut rakyat sahaja.

Mereka ini hanya nak kuasa se­bab itu perangai jadi begitu. Track record pertembungan BN-Pembangkang dari 2008-2013, mereka (pembangkang) mendominasi media sosial. Tapi sekarang, tidak lagi, sudah merudum ke­rana rakyat semakin matang dan bijak membezakan mana satu fakta, mana satu auta.