22
Kha, Feb
740 ARTIKEL BARU

Rakyat Tiada Wang Tapi Jualan LAZADA RM1 Bilion & Mydin Untung RM30 Juta ?

Editorial
Typography

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel berkata setiap tahun Lazada melihat kumpulan pembeli dalam talian yang lebih besar dengan kepelbagaian yang semakin meningkat merentas generasi dan lokasi geografi.

"Prestasi yang memecah rekod kami dalam kempen On-line Revolution mempamerkan kepercayaan dan perkaitan e-dagang yang semakin meningkat di Malaysia dan bagaimana ia akan terus memberi manfaat kepada pengguna Malaysia serta keseluruhan ekosistem e-dagang," katanya dalam satu kenyataan.

Lazada Group telah berjaya selesaikan program On-line Revolution selama sebulan dengan 12.12 jualan grand finale yang diadakan pada 12 Disember, dengan nilai jualan kasar US$ 250 juta (RM1.02 bilion).

Yang menakjubkan ialah nilai itu lebih daripada dua kali ganda daripada jualan tahun 2016. Bulan lalu, Lazada telah mengatasi rekod terdahulu sebanyak US$ 123 juta (RM 501 juta) nilai jualan semasa acara 11.11 November.

Lima kategori jualan utama termasuk barangan runcit, elektronik, keperluan bayi dan permainan, media, motor dan fesyen.

Jika wujud peningkatan jualan dua kali ganda iaitu RM501 juta (November) kepada RM1.02 bilion (Disember), maka adalah sangat tidak adil jika ada pihak yang mendakwa rakyat Malaysia tiada wang kerana peningkatan jualan itu turut disumbang oleh rakyat Malaysia.

Dakwaan 'rakyat Malaysia tiada wang' ini yang dispin oleh portal pembangkang Malaysiakini.

Portal tersebut sangat tidak bertanggungjawab apabila hanya melaporkan sebahagian kecil daripada teruramah BFM Radio dengan Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pengarah urusan rantaian hypermarket Mydin.

Malah, adalah tidak adil juga pengucupan jualan hypermarket dan pasaraya besar dijadikan indikator kononnya orang ramai tidak ada wang. Jika benar orang ramai tidak ada wang, tidak mungkin Lazada mencatitkan jualan sebanyak RM1,012,000,000 yang sebahagiannya daripada wang rakyat Malaysia.

Menurut Tun Faisal Aziz, peningkatan KDNK negara bukan ditentukan oleh hypermarket semata-mata, tetapi oleh banyak sektor dalam negara. Sektor pertanian misalnya menyumbang pertumbuhan sebanyak 5.6% pada tahun 2017, perlombongan dan kuari 0.5%, pembuatan 5.5%, pembinaan 7.6% dan perkhidmatan 5.9%.

Dalam sektor perkhidmatan pula, utiliti menyumbang 2.5%, Perniagaan Borong dan Runcit 6.5%, Makanan, Minuman dan Penginapan 7.6% dan banyak lagi.

Malah dalam perniagaan borong dan runcit, bukan Mydin dan hypermarket sahaja yang menjadi penyumbangnya kerana perniagaan borong dan runcit melibatkan jauh lebih ramai pemain. Jumlah keseluruhan sumbangan seluruh sektor ini kemudiannya akan membentuk keseluruhan KDNK negara., katanya.

Selain daripada saingan perniagaan on-line, kita juga  perlu tahu bahawa Mydin Hypermarket berdepan dengan saingan pelbagai syarikat besar yang turut terlibat dalam sektor hypermarket seperti GIANT, AEON dan TESCO.

Hypermarket-hypermarket tersebut mempunyai pelbagai barangan yang turut menjadi permintaan penguna-pengguna bukan Islam seperti daging khinzir dan minuman berahkohol tidak seperti hypermarket Mydin.

Tetapi pengarah hypermarket Mydin itu mengaku bahawa pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat yang berterusan berkemungkinan menyaksikan harga barangan akan turun dalam jangka panjang. Beliau juga berkata bahawa kenaikan gaji tahunan sebanyak 5% akan dapat membantu jika berlaku sedikit kenaikan harga.

Pengarah hypermarket Mydin itu juga berkata bahawa syarikat beliau akan berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM30 juta untuk kewangan 2018 setelah menyusun semula perniagaan mereka.

Daripada mana wang keuntungan tersebut jika bukan daripada orang ramai yang membeli barangan di Mydin hypermarket. Jika 'orang ramai tidak ada wang', adalah mustahil untuk Mydin hypermarket mendapat sebarang keuntungan.

Tetapi dalam masa yang sama, Ameer Mydin juga mengaku kerajaan Malaysia hari ini telah melakukan perkara-perkara baik untuk rakyat seperti KR1M.

Walau pun KR1M yang dinisiatifkan oleh Mydin atas dasar tanggungjawab koporat mereka tetapi kerajaan Malaysia menyokong penuh.

Malah kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang mendengar dan amat prihatin kepada orang ramai, katanya lagi.

Anda baca penjelasan menarik ini: KLIK SINI

 

Sumber

https://klse.i3investor.com/blogs/bfm_podcast/146466.jsp

http://m.themalaymailonline.com/money/article/lazada-raked-rm1b-haul-during-12.12-sale