22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Najib Presiden UMNO Terbaik Dari Mahathir

Editorial
Typography

JIKA ada pihak menggelar pentadbiran  Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terbaik dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia, jangan pula kita lupa keupayaan besar Presiden UMNO itu dalam mengetuai tonggak Barisan Nasional (BN) itu.

Masih ahli UMNO ingatkah lagi kisah Presiden UMNO sebelum ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang begitu cuak untuk menyelamatkan kedudukannya selepas peristiwa perebutan jawatan Presiden 1987.

Episod itu memberi kesan traumatik kepada UMNO. Pertandingan dan perbalahan politik tahun 1987 itu mengheret UMNO ke mahkamah sehingga parti itu diharamkan pada tahun berikutnya. Peristiwa ini menggoncang hati orang Melayu.

Apabila UMNO ditubuhkan semula pada 1988, Dr. Mahathir dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO lantas membincangkan bagaimanakah isyarat politik yang ditunjukkan di peringkat bahagian-bahagian dalam parti dapat diterjemahkan ke dalam pemilihan di peringkat nasional.

Ini untuk menyelamatkan `tengkuk' Dr. Mahathir sendiri.

Atas sebab itulah, konsep undi bonus bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden iaitu suatu taktik kuku besi ciptaan Dr. Mahathir, telah diperkenalkan.

Undi bonus dikatakan telah menjadikan ketua-ketua bahagian UMNO sebagai broker politik yang paling berkuasa di negara ini.

Sesetengah pihak yang berfikiran negatif membayangkan, jika 165 orang ketua bahagian boleh dibeli dengan wang, dan mereka kemudian mempengaruhi bahagian masing-masing mencalonkan seseorang, UMNO akhirnya dipaksa menerima pemimpin yang telah ditentukan oleh bahagian-bahagian tanpa melalui proses pemilihan terakhir oleh para perwakilan di Perhimpunan Agung.

Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan politik parti di peringkat cawangan dan bahagian lebih menggetarkan.

Tidak lama kemudian, undi bonus sebanyak 10 undi bagi setiap pencalonan bahagian itu dimansuhkan.

Namun ‘bonus’ tetap dikekalkan oleh Dr. Mahathir dengan mensyaratkan seseorang yang mahu bertanding presiden perlu terlebih dahulu mendapat kuota sokongan 57 daripada 191 bahagian (30%).

Bagaimanapun, sistem kuota itu dimansuhkan di bawah kepimpinan Najib.

Kalau diikutkan boleh sahaja Najib mengekalkan kedudukan presiden parti dengan memperketatkan sistem kuota kelayakan bertanding jawatan nombor satu parti itu. Tetapi itu bukan kehendak peribadi beliau.

Hanya tempoh enam bulan Najib mengambil alih parti sebagai presiden pada 2009, Perlembagaan UMNO telah dipinda beliau dengan memansuhkan sistem kuota.

Pemansuhan sistem kuota itu sekali gus membuka ruang kepada ahli untuk bertanding dengan syarat minimum pernah memegang jawatan ahli Majlis Tertinggi atau ahli jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal. Lantai demokrasi UMNO terbuka meluas di bawah pimpinan Najib.

Berbanding hanya sekumpulan orang iaitu 2,500 perwakilan untuk menentukan pucuk ke­pemimpinan parti sebelum ini, kali ini ia ditambah menjadi 146,500 yang mana pemilihan bermula di peringkat cawangan terlebih dahulu.

Sejumlah 146,500 anggota parti di peringkat akar umbi di 191 bahagian itu terlibat dalam pemilihan pucuk pimpinan parti anggota Majlis Tertinggi (iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan 25 anggota Majlis Tertinggi) di samping memilih anggota jawatankuasa bahagian.

Ini juga bermakna Najib adalah Presiden UMNO pertama dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baharu.

Berbanding Dr. Mahathir yang licik dan tamak mempertahankan kedudukan Presiden UMNO, Najib lebih bertindak secara gentleman, sekali gus membuktikan beliau juga terbaek dalam sejarah Presiden UMNO.