24
Ahd, Jun
64 ARTIKEL BARU

Skandal Terowong : Ramasamy, SPRM & Tuduhan Lim Guan Eng Tidak Benar!

Editorial
Typography

Kita sedia maklum dengan keculaparan kepimpinan Pakatan Harapan yang kerap menghina agensi-agensi kerajaan seperti SPRM dan sebagainya.

Taktik character assassination ini begitu mudah untuk dibaca. Mereka mahu menjatuhkan kredibiliti agensi-agensi ini dengan pelbagai tuduhan dan fitnah supaya rakyat tidak hormat lagi dengan agensi-agensi itu.

Sebelum ini, Lim Kit Siang, dilaporkan telah membuat perumpamaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai monyet.

Terbaru ialah kenyataan Lim Guan Eng DAP yang menuduh SPRM mahu menganggu dan merosakkan imej kerajaan Pulau Pinang kerana memanggil 2 exco negeri iaitu Lim Hock Seng dan P Ramasamy, untuk mendapat keterangan mereka.

Guan Eng dilaporkan berkata tindakan SPRM memanggil P Ramasamy untuk disoal siasat adalah pelik kerana portfolionya sebagai exco negeri tidak ada kaitan dengan projek jalan raya.

“Ramasamy juga tidak menganggotai jawatankuasa tender negeri. Oleh itu saya percaya, jika (dia) disiasat, maka semua exco negeri akan disiasat juga. Mereka yang tidak terlibat juga akan dipanggil,” dakwa Guan Eng.

Anak Kit Siang DAP juga mengeluarkan tuduhan sama ada Ramasamy sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan terhadap Barisan Nasional (BN), dan sama ada SPRM cuba melindungi gabungan itu.

“Kami sangat tidak bersetuju cara SPRM mengganggu kerajaan negeri. Kami mengharapkan mereka yang terlibat dalam projek itu dipanggil, tetapi mengapa Ramasamy?

“Ini bertujuan untuk merosakkan imej kerajaan Pulau Pinang.” dakwa Guan Eng.

Tuduhan melulu Lim Guan Eng itu terjawab apabila P. Ramasamy menyatakan butiran perjumpaan beliau dengan pihak SPRM.

P. Ramasamy sendiri mengaku bahawa pegawai SPRM mahu beliau mengesahkan minit mesyuarat ahli lembaga exco Pulau Pinang yang beliau hadiri.

"Pada asasnya mereka mahu mengesahkan mesyuarat exco berhubung projek terowong dan lebuh raya.

Ramasamy juga berkata, SPRM turut menyoalnya mengenai beberapa individu.

"Mereka bertanyakan tentang beberapa individu. Sesetengahnya saya jumpa, sesetengahnya tidak." kata Ramasamy.

Jika itu jawapannya, SPRM memang berhak menyoal P. Ramasamy tidak seperti yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng. Maka timbul persoalan :

1. Apakah Lim Guan Eng sudah bertambah panik dan takut bayang-bayang sendiri?

2. Apakah beliau risau lebih ramai lagi exco kerajaan DAP negeri dipanggil hingga menyebabkan jalan cerita yang dirancang menjadi tunggang terbalik serta terbongkar sebarang rasuah dan salah guna kuasa, jika ada?

Untuk rekod, Ramasamy pernah mendakwa,

I don't think the Penang state secretary said that the CRCC holds equity in the SPV. (Saya tidak fikir Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan bahawa CRCC memegang ekuiti dalam SPV).

Kenyataan Ramasamy itu bercanggah dengan kenyataan akhbar Setiausaha kerajaan DAP Pulau Pinang dan pegawai kewangan Pulau Pinang pada 4 Mac 2013. Di antaranya:

Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing.

Skandal bilion ringgit wang rakyat di Pulau Pinang ini telah menjatuhkan kredibiliti kerajaan DAP. Bukan itu sahaja, ianya turut mencalar keseluruhan parti DAP hinggakan parti itu bakal berdepan dengan penyokong-penyokong yang tidak akan mengundi parti itu pada PRU14 nanti.

 

 

Sumber:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/02/14/terowong-guan-eng-pertikai-tindakan-sprm-panggil-ramasamy/

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/37957/

https://www.malaysiakini.com/news/409920