26
Rab, Sep
101 ARTIKEL BARU

Kenyataan Najib Yang Tidak Dilaporkan Oleh Media Pro-Pembangkang & Pengakuan Mahathir.

Editorial
Typography

Pada 22 Februari 2018, Datuk Seri Najib Razak berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk berkongsi mengenai perkara berkaitan Kesejahteraan Isi Rumah dalam Bajet 2018.

Malangnya, banyak perkara yang baik tidak dihighlightkan oleh portal-portal pro-pembangkang. Tidak mengejutkan kerana kita tahu modus operandi portal-portal pro-pembangkang yang tidak akan melaporkan kebaikan yang diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat Malaysia. Jika lapor pun, portal-portal ini akan memutarbelitkan berita tersebut.

Di antara usaha kerajaan BN :

1. Keseluruhan tahun 2017, ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus, bermakna negara berada dalam kalangan negara yang melakar pertumbuhan tertinggi di dunia tahun lalu.

2. Setakat 2017, 2.26 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan, kadar pengangguran negara juga rendah pada 3.3 peratus.

3. Pada 2014 hingga 2016, pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat sebanyak 6.2 peratus, manakala kajian tahun lalu melaporkan purata kenaikan gaji pendapatan antara 5.0 hingga 5.5 peratus.

4. Badan penarafan antarabangsa seperti Fitch dan Moody’s memberi Malaysia penarafan minimum A. Hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi taraf 55%, (a self imposed limit).

5. Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM8,900 bagi sekolah rendah dan menengah kepada setiap murid setahun. Pendidikan negara percuma sebenarnya di peringkat ini.

6. Bidang pendidikan tinggi, untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan kosnya hampir RM300,000. Tapi di Malaysia, pelajar cuma perlu bayar RM9,000 sahaja.

7. Untuk kos bersalin, hospital semi-government kosnya cuma RM200. Kalau di Hospital Kerajaan, cuma RM10. Ianya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan hospital swasta yang umumnya kos bersalin antara RM3,000 hingga RM5,000, dan jika ada komplikasi mungkin berbelas ribu ringgit.

8. ADAM50 adalah satu inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2018 berkaitan Kesejahteraan Isi Rumah, di mana anak baru lahir antara 2018 hingga 2022 diberi dana tabungan permulaan sebanyak RM200 percuma, bagi memupuk budaya menabung dari kecil.

Banyak lagi perancangan yang telah dan akan akan dibuat untuk rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional. Ianya jauh berbeza dengan harapan kosong dan janji-janji palsu yang ditabur oleh Pakatan Harapan (PH) sehinggakan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengaku ada janji-janji mereka yang tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Mahathir juga mengaku PH tidak terikat dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertentu dalam PH jika didapati kenyataannya tidak dapat dilaksanakan oleh mereka jika PH menerajui kerajaan. Jika begitu alasannya, PH tidak akan disokong oleh rakyat.

Baca seterusnyaManifesto & Mahathir Mengaku Tidak Mampu.